31 July 2013

Ubat gigi dan garam hilangkan bintik hitam.

Assalamualaikum.

Siapa suka apabila bintik hitam muncul kembali? Hendak hilangkannya cukup susah. Mungkin anda sudah buntu dengan pelbagai cara dan produk. 

Tahukah anda campuran ubat gigi dan garam dapat membantu menghilangkan bintik hitam? Cuba tips di bawah dan lihat sendiri hasilnya. 

1) Campurkan ubat gigi berpudina bersama sedikit garam dan sukatannya harus sama rata. 

2) Apabila ramuan sudah sebati, sapukannya di serata muka dan juga di tempat – tempat yang mempunyai bintik hitam. Elakkan menyapu terlalu rapat pada mata kerana kesan pudina membuatkan mata anda pedih. Selesai meratakan ramuan, biarkan selama 5 minit. 

3) Kemudian, urut wajah ada menggunakan dua jari dalam gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam. 

4) Akhir sekali, ambil air batu dan balutkan bersama tuala dan sapukan ke seluruh wajah terutama di hidung, ini bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka. 

Lakukannya seminggu sekali dan lihat perubahannya. Di samping itu, kulit anda akan berasa lebih lembut dan segar. 

Sumber : yahoo.

Aku pun ada masalah dengan bintik-bintik hitam yang datang bertempek tanpa diundang nie. Alahai, tak malu sungguh duk menumpang dekat hidung aku. Harap-harap cara nie berkesan sebab dah macam-macam aku buat untuk usir blackhead nie tapi dia dan sekufunya tetap tak mau pergi. Hmm so guys, selamat mencuba!

Sekian.


30 July 2013

Assalamualaikum Bro, Tolong Jawab!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari nie dah masuk hari yang ke 21 seluruh umat Islam berpuasa. Sekejap je kan Ramadan nak tinggalkan kita. Jadi, bersempena dengan 10 Ramadan terakhir nie, moga-moga dapatlah kita bertemu dengan Lailatul Qadar. Jadi dalam masa 10 hari nie lahh kita kena berlumba-lumba beribadat kepada Allah. Pahala yang kita dapat akan berlipat kali ganda. 

Dalam bulan Ramadan nie jugak lahh banyak rancangan Islamik yang disiarkan di tv. Salah satu tv show yang menarik minat aku ialah 'Assalamualaikum Bro, Tolong Jawab!' yang dihoskan oleh Anwar Hadi dan Imam Muda Asyraf yang disiarkan di Astro Ria.


Rancangan nie disiarkan setiap hari Khamis jam 9.00 malam. Sebenarnya aku pun tak tahu, sebab aku tengok siang ja, hari isnin jam 5.30 petang. Mungkin siaran ulangan, haha.

Daripada korang duk melepak petang-petang tu, duk sibuk melayan kucing korang yang suka buat aksi kuak lentang seakan-akan ingin menggoda. Huhh dasar kucing murahan! Ada lebih baiknya korang layan rancangan-rancangan macam nie. Bukannya lama macam Al-Kuliyyah tu. Kejap je, 30 minit je pun tak kan tak boleh? 

Plus rancangan ABTJ nie adalah sebuah rancangan sesi soal jawab bersama Imam Muda Asyraf. Sebarang kemusykilan yang sebelum nie kita tak tahu, yang kita tak pasti, insyaAllah terjawab. Banyak juga info-info soal puasa yang aku dapat sejak tonton rancangan nie. Aku cuma berkongsi apa yang aku rasa patut, yang lain terpulang kepada diri sendiri.

Sekian.


28 July 2013

Baiknya Pencipta Kita :')

Assalamualaikum.


"Sesungguhnya ini adalah peringatan untuk mu dan diriku. SubhanaAllah :')"

Sekian.


25 July 2013

Mood Rajin Sudah Datang

Assalamualaikum.

Well hi everyone. Aku tak tahu lahh apa benda yang dah merasuk aku semalam. Tetiba jadi rajin. Memandangkan raya dah nak dekat so perkara wajib buat ialah, mengemas! So semalam aku kemas-kemas bilik aku yang ala-ala tempat pembuangan sampah tu, kahkahkah.

Bilik anak dara bersepah? Itu bukan perkara yang pelik lagi, malah ia perkara biasa, haha. Well, bukan malas nak mengemas cuma bila kemas nanti bersepah balik, kan buang masa tu? Haha nampak tahap kemalasan aku? Memang malang lah lelaki yang berkenan kat aku tu. Tapi satu ja yang untung. Untungnya sebab aku kiut miut. Haha ayat penyata aku seperti mintak makan berus jamban. Opps! Puasalahh, kahkah.

Setiap kali kalau aku kemas bilik, mesti aku akan ubah kedudukan katil. Nampak? Gagahkan? Ubah katil sorang-sorang. Hmm aku terlalu sayangkan bilik aku nie. Rasanya aku lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik nie walaupun bilik nie takda apa-apa yang menarik. Acano lahh bila aku dah sambung belajar nanti, kena kongsi bilik dengan strangers pulak tu, euwww!

Haa kalau korang nak tahu, aku memang tak suka kongsi-kongsi bilik nie, apatah lagi barang-barang aku. Bukan kedekut cuma bakhil ja. Haha bukan apa, orang nie ada macam-macam jenis. Kalau jenis yang pinjam barang orang pastu buat macam harta sendiri nie nak je aku bogelkan dia. 




Cuma mampu tunjuk ruangan ini ja, kahkah. Ruang lain tak cantik macam katil aku yang penuh dengan makhluk-mahkluk yang tak boleh bercakap tu. hihi

Sekian.


24 July 2013

Kawan Tetap Kawan.

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo. Semalaman aku tak tidur. Nak cakap tak mengantuk, mata pun dah tak larat nak buka tapi tetap tak boleh tidur. Mungkin banyak benda sangat kot aku duk pikir. Sebab tak boleh tidur, aku pun online pesbuk. Tetiba kawan aku tegur dekat chat. Terkejut kot sebab dah lama juga dia tak tegur kawan-kawan dia disebabkan seorang perempuan nie.




Dia bagitau aku yang dia dah clash dengan perempuan tu, haha. Well i already knew that this gonna happened. Whohoho jahatnya aku nie, kisah? Actually, this guy is my friend, classmate since form 1 until form 3, schoolmate until form 5 and after SPM we are workmate. 

Dia berkenalan denagn seorang hamba Allah nie time dekat tempat kerja dulu, maknanya perempuan tu pun kira 'kawan' aku jugak lahh (mata keatas, tangan di bontot). Ku kira panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Ciss berperibahasa pula! Ada sedikit salah paham so jadi gaduh. Sebab apa gaduh tu aku malas lahh nak citer sebab tu bukan point aku hari nie.

I dunno what she did to my friend sampaikan dia dengar ja cakap perempuan tu. All of us dah berbuih-buih cakap dekat dia, he listened but just for awhile, (sigh) Now, they're break off and im so so soooo release because i know that he deserved someone better. 

So, point aku kat sini, when your friend tryin to give some adviced or a talk to you, please listen because it for your own good. Mana ada kawan yang sanggup tengok kawan dia merana melainkan ada sejenis makhluk yang lebih bodoh dari lembu. Kawan makan kawan. Apa takda makanan dah ke kat dunia nie sampai nak makan kawan sendiri. 

Sekian.


23 July 2013

Kad Raya.

Assalamualaikum.

Hai hai semua rakyat jelata. Entry kali nie bukan nak riak, mahupun menunjuk-nunjuk. Cuma nak belagak sikit ja sebab im gonna receive a 'kad raya' from Hencik Afzal. Whoaa tak sangka you olls. Mohon cemburu. 
Haa nampak? Nama i ada dalam list okayy. Excited nak dapat kad raya, maklumlah dah lama tak dapat kad raya. Well, evendoe dunia dah semakin up to date, dah semakin maju tapi tradisi bertukar-tukar kad raya nie harus diteruskan. Setakat post dekat pesbuk tu nenek aku pun pandai. 

Dulu, waktu sekolah rendah memang seronok sebab dapat banyak kad raya daripada kawan-kawan. Ada jugak yang selitkan 10sen dalam kad raya tu. Abah kau, nak beli cekelat pun tak lepas. Haha tapi bila teringatkan zaman bebudak dedulu memang seronok. 

Ehemmm ada tak lagi yang sudi nak bagi aku kad raya? Tak pun duit raya? Tak pun kuih raya maybe? haha. Kalau rasa ada yang sudi please let me know yahh?

Sekian.


22 July 2013

Tanda-tanda Kita Suka Pada Seseorang

Assalamualaikum.

Hi hi hi hello evelibadi. Menghabiskan sisa-sisa masa di rumah amat membosankan, naik loya tekak hadap benda yang sama ja. So, daripada aku tak tahu nak buat apa-apa, aku segera buat-buat comel depan komputer nie dengan harapan dapat hupdate belog. Tapi sayang, aku kekeringan idea! Arghhhhh!


Tengah syok layan citer Spangebob tetiba idea datang mencurah-curah. haha. Dalam entry kali nie aku saja nak share beberapa tanda-tanda yang kita dah jatuh hati pada seseorang. 

1. 24/7 dengan handphone
Haaa ini adalah petanda awal. Kalau dulu, handphone tu boleh berhabuk setebal 10 inci sebab tak disentuh. Terbiar ja atas meja tu. Kalau ada mesej masuk pun, semua Maxis yang hantar sebab tarik SOS topup, hihi. Haa ini aku pelik. Kalau makan dekat McD, KFC ke sos dia free ja, tapi kenapa Maxis suruh bayar balik sos tu, haihhh. Bakhil.

2. Sentiasa tersenyum macam orang sasau
Kes nie lebih kurang macam aku lahh. Tersengih-sengih bila teringatkan moment-moment sweet tu, haktuihhh! haha. Bila kita terpikirkan pasal dia, automatik kita akan tersenyum. Sampaikan bangla kat depan kita yang tengah sapu sampah tu pun terperasan, ingat duk senyum kat dia, kahkahkah. So nak senyum tu boleh, tapi jangan lah kat depan public, takut orang kata gila sebab sengih sorang-sorang.

3. Suka pada setiap perkara yang si dia lakukan
Bila hati dah sayang, dah suka semua yang si dia buat semua nampak indah. Nampak cool. Even cara-cara si dia mengorek hidung pun boleh buat kita tak dapat tidur malam. "Wahh coolnya cara dia korek hidung. Tak pernah jumpa orang korek hidung guna ibu jari kaki macam dia. Aummm!" 

4. Selalu ingin berjumpa/berbual di telepon
Bila dah suka, mestilah kita sentiasa nak tengok dia atau berbual dengan dia untuk melepaskan rinduu, konon. Tak cukup korek tabung sendiri, tabung haji dirompaknya sebab nak dapatkan topup 5 hengget, kahkahkah. 

5. Cuba mencuri perhatian si dia
Haha, kalau taktik nie aku selalu buat waktu sekolah dulu. Sebab suka punya pasal, aku selalu ulang-alik depan kelas dia dengan harapan dia akan perasan kewujudan gadis comel ini. Mohon lempang muka aku selaju 120/km, haha. Tapi konpem-konpem bukan aku sorang ja buat kerja menyetan nie, korang pun mesti pernah buat kan? hihi. 

Sebenarnya banyak lagi tanda-tanda kita suka pada seseorang nie cuma aku malaih nak taip so korang pikirlah sendiri!

Sekian.


19 July 2013

Retis Youtube.

Assalamualaikum.


Hai hai hai. Salam Jumaat. Setelah dua hari wa kekeringan idea nak hupdate belog so tadi saja layan youtube. Wa memang suka tengok orang buat cover lagu sambil main gitar nie, nampak cool, nampak ohsem. Nak-nak pula yang hensem macam mamat dalam video nie, hihi. 

Cuba korang dengar lagu tu? Dah dengar? Best kan? kan? kan? Inilah abang Hez Hazmi. Lagu yang korang dengar tu lagu ciptaan dia sendiri tau. Kalau nak dengar lagu-lagu lain pergi je dekat channel youtube dia.

Sekarang nie dah ramai sangat 'retis youtube'. Kau pandai main gitar, muka comey sikit, suara okay-okay dah boleh upload video dekat youtube. Dah boleh jadi pemes. Mana tahu, kot-kot ada rezeki boleh jadi macam Najwa Latif ke tak pun Ainan Tasneem? hihi. Tapi okay juga sebab ramai anak-anak Malaysia yang berbakat macam nie. Korang jangan tahu mengutuk je. At least diorang berani nak exposed bakat diorang dekat public. 

Antara 'retis youtube' yang wa selalu layan cover-cover diorang ialah Hez Hazmi (for sure) Sheryl SyazwanieWaniAkira ShukriAmalia Alias dan banyak lagi. Amalia Alias punya cover best. Beliau tidak bermain gitar cuma guna minus one. Kebanyakan cover beliau ialah lagu-lagu Korea maybe sebab sekarang nie beliau study dekat Korea.

So guys, kalau rasa korang ada bakat terpendam macam mereka nie, apa kata cuba exposed-kan diri macam mereka. Tapi kalau rasa takda keyakinan, tak confident macam wa nie, simpan jelahh. Berblogging pun bakat terpendam apa? hihi. 

Sekian.


16 July 2013

Puan 8share.

Assalamualaikum.

Hi hi everyone. Tadi bangun sahur tak? Kalau tak bangun, besok mesti kena bangun tau, sebab yang membezakan puasa orang Islam dengan Yahudi ialah sahur. Semalaman wa tak tidur, sebab ber-whatsapp dengan sorang hamba Allah nie, hihi. Dapat tidur pun lepas Subuh, gila kauu! Tengok-tengok bangun tidur tadi dah pukul 1 -.-'

Okay, before this wa ada cerita pasal Hencik Nuffnang kan? Haa hari nie wa nak cerita pasal bini dia pulak, Puan 8share. So wa nak mintak lahh jasa baik korang untuk picit-picit link di bawah. Better wa buat macam nie daripada menipu orang dengan meletakkan link dekat shoutbox korang semua, kan tak berkat tu. hihi. Setiap kali korang tekan link tu, korang akan dermakan sebanyak 20 sen ke account 8share wa. So tekan lahh banyak-banyak kali sikit eh? hihi.





Dah tekan tu tunggu sampai habis loading tau. By the way, kalau korang masih belum ada account 8share nie, dan teringin nak kumpul duit raya macam wa senang ja. Picit sini untuk sign up.
Bagi yang dah ada account tu, dan nak wa picit kembali link korang pun boleh. Just tinggalkan link dekat ruangan komen. Mohon jelas, ruangan komen sahaja akan dilayan. 

baru ada 5 hengget. Mohon picit link-link di atas tu ye? Mekasihhh :') *hug*

Sekian.



15 July 2013

Yang Orang Belum Tahu.

Assalamualaikum. 

Hai, hello, annyeonghaseyo. Okay, wa masih lagi meneruskan hari-hari yang mendatang sebagai penternak lemak yang berjaya sebelum berangkat ke Nilai, Negeri Sembilan 17 Aug nanti.

Tengok tajuk entry pun dah macam suspen kan? kan? haha. Apa pulak yang wa nak bebal kali nie (ehem, bebal tu kau, bebel lahh) Wa tak tahu lah samada wa nie berbakat ke tak tapi wa teringin sangat-sangat nak beraksi di depan kamera. Not as pelakon, tapi sebagai pengacara atau cover girl mungkin? Haa itulah yang masih ramai orang belum tahu pasal wa. Wa punya minat nie memang lain dari orang lain.

Teringin sangat nak ada peluang macam tu. Bila tengok iklan atau tv show macam Hijabista tu wa teringin nak jadi macam akak-akak host tu. Sebenarnya wa ada juga terpikir nak ber-vlogging tapi takut dikatakan cuba meniru Maria Elena, Mat Lutfi and etc. Well, setiap orang ada cara dan gaya yang tersendiri. Tapi, menjadi seorang blogger pun dah boleh jadi pemes macam kak Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Nisa Kay dan ramai lagi. Haa baru-baru nie akak Nisa kay keluar iklan dekat tv you olls. Then, kalau korang ada tengok Hijabista semalam, akak Yuyu Zulaikha pun ada. Menjadi seperti diorang adalah impian wa. Bukan sebab wa cuba untuk meniru, bukan sebab nak cari publisiti tapi sebab wa teringin nak ceburi dalam bidang seperti tu pula. Salah ke? hmm. Well rezeki masing-masing kan? :)


Sekian.


14 July 2013

Hencik Nuffnang

Assalamualaikum.

Hi hi evelibadi. Well sekarang nie wa dah advanced you olls. As you guys can see, dekat belog wa nie dah ada adsnuffnang gituu. Ehemm dah tu, tak kan tengok je? Cuba kasi tekan satu kali. Wa pun nak merasa jugak dapat duit raya dari Hencik Nuffnang.


Tengok? huhuhu. Actually wa masih dalam proses nak memahami benda alahh nie. haha. Apa kata bersempena dengan bulan yang mulia nie, korang buat amal jariah sikit dengan menekan Hencik Nuffnang wa dekat atas tu. Kalau dah, mohon kasi tau, nanti wa picit-picit Hencik Nuffnang korang balik. Jangan risau. Ini bukan janji dicapati, ini janji betul-betul punya. Nak duit rayaaaaaaaaa.

Sekian.


13 July 2013

Bedak Thanaka.

Assalamualaikum.

Hai hai hai everyone. Good morning! Hari nie bangun awal sebab kena teman my mom pergi pasar. hee baik tak? Baik tak? Rajin tak? Rajin tak? (riak pulak, Astagfirullahalazim) 

Beli-beli apa yang patut nak masak untuk buka puasa nanti. Pasar dekat rumah wa tu bukan sekadar ada jual ayam, ikan, daging, sayur je. Pakaian, tudung, kasut, beg and etc pun ada jual. So, tadi mak wa belanja bedak Thanaka. Alahh benda alah tu kan pemes sekarang nie. Semua dah guna, cuma wa ja belum. Lambat sikit, hihi. 

So malam japgi nak try lah guna. Nak tengok berkesan tak bedak tu. Kebanyakan orang yang guna bedak tu memberikan feedback yang baik sebab tu rasa yakin sikit nak guna bedak Thanaka tu. Mesti ada antara korang yang dah cuba guna bedak nie. So acano? Berkesan ke? Kongsi lahh sikit..

Sekian.



12 July 2013

1,2,3 Tukar !

Assalamualaikum.

Hi. Annyeong. Mak aii hari nie panas macam luar biasa sikit. Rasa macam nak ambil flight pergi Korea je. Alang-alang boleh mandi salji ke. Kelass kau nyah, orang main salji, kau hentam sampai nak mandi salji. Over gituuuu. hahaa

Well, apa yang bertukar lagi tu? Nie haaa, baru ja transform belog wa nie, kasi touch up cantik-cantik sikit. Wahh kelas, ingat blog kau nie transformer ke nak transform-transform bagai. Lagi satu, cantik ke belog kau nie? haha -..-' Sekali pandang nampak cantik, dua kali pandang nampak camtaik, kahkahkah.

Biarlah camtaik sekali pun janji belog hakuu nie tak lambat nak loading, tak semak macam bulu kaki kau (opss!) dan paling penting, penggunaan font kemas dan mudah dibaca, tak gituu? hehe. Oh jyeahhh! Sebelum terlupa, sebelum nie belog wa tak da header tapi sekarang nahh hambek. Sebesar anak gajah. Tak cantik pun sebab wa kidnap dekat Encik Google.

Last sekali, nak tanya nie, cantik ke belog hakuu nie? Cer komen sikit..

Sekian.

10 July 2013

Samad Maccaboy

Assalamualaikum.

Memandangkan wa nie adalah penternak lemak yang berjaya (sebelum puasa) So sekarang dah masuk bulan puasa  tak banyak sangat lemak yang boleh diternak. Kira sekarang nie tukar profession, jadi pengkukur kelapa secara tradisional. Tempat kukur kelapa tu Samad Maccaboy yang sedekah dekat wa. Nak tengok rupa tempat kukur kelapa tu? Tekan sini.

Korang kenal Mat Lutfi? Kenal Anwar Hadi? Haa Samad Maccaboy nie lebih kurang macam diorang tu lahh. Menggunakan media youtube untuk ber-vlogging. Walaupun ada diantara video beliau yang agak annoying kuasa 32 plus kelakar tak ingat dunia tu, masih terselit pengajaran yang berguna untuk semua. 

Hampir kesemua video beliau menggunakan dialek Terangganu. Berat nanang mu nieh! Dop pahe nate. haha. Walaupun ada sesetengah benda yang dia cakap wa tak dapat paham, al maklumlah saya orang Penang. (Hi Samad, haha) Tapi setiap kali tengok video dia mesti tergelak terkentut tertonggeng (hiperbola)

Video yang paling wa suka yang paling latest tu. Tekan sini untuk tengok. Haha memang terbaik. Evendoe video tu nampak macam nak membahan si PA tu tapi cuba korang hayati dan pahami apa mesej yang cuba Si Samad nie nak sampaikan. 

Untuk Samad, teruskan usaha anda untuk menghiburkan public dengan video-video kau yang superb tu. Apa-apa pun mu comey bohh hat dalam video Gwiyomi tu. kahkahkahkah

Thank you.


9 July 2013

Balik Kampung.

Assalamualaikum.

Entry bergambar (malaih nak taip)








Thank you.



Baru Nak Kenal Erti Cinta.

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari semua. Awak! Itew sakit hati sangat-sangat nie awak! Rasa macam nak telan orang ja. Nak nangis, dah tak larat, kerap sangat dah. Takpa lahh awak, kalau ini bahagian saya, saya terima dalam terpaksa. Okay, yang wa nak cerita nie bukan pasal sakit hati wa nie. Just nak share satu video mengenai seorang budak perempuan yang baru bercouple seminggu dngan pakwe dia. Layan....


Amacam? Hebat kan bebudak sekarang nie. Wa pun tak pernah terpikir sampai nak buat video macam nie. Wa tak kenal bebudak nie tapi diorang stay area rumah wa ja. Buat malu orang kampung je dik oii. -..-'
Okay. wa paham sebab apa dia buat video nie. Mungkin dia cuma nak share betapa sayang dan cintanya terhadap si boyprengg nie. Yelahh, orang perempuan bab-bab macam nie memang over sikit tapi kalau dah sampai buat video bagi satu dunia tahu pasal percintaan korang yang baru seminggu tu nak buat hape dik oii?

Yang kesiannya, si boyprengg lahh. Wa usya facebook mamat tu tadi. Penuh wall dia berkaitan isu video tu. Ada yang memerli, mengutuk dan ada juga yang bagi semangat. Nahh, bila dah jadi macam nie sapa nak jawab? Kesian si boyprengg tu tak tahu apa-apa. Sebab tu bila nak buat apa-apa, pikir dulu ye?

Budak perempuan nie upload video 'sweet' dia nie dekat facebook pastu adalah yang nak mendajalkan dia pergi upload pulak dekat youtube. Baca penjelasan budak nie dekat sini. Entry nie bukan nak mendajal, mengaibkan sesiapa, cuma nak mengingatkan korang dan diri wa sendiri supaya pikir panjang sebelum nak buat sesuatu tindakan atau keputusan. Well, manusia tak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan. Yang korang pun sudah-sudah lahh memaki hamun budak tu. Budak baru nak kenal dunia. Tegurlah dengan penuh hemah ye akak-akak, abang-abang semua. 

Thank you.



8 July 2013

Aku Tak Bisa Bila Kau Pergi.

Assalamualaikum

Kasih, jangan jangan jangan kau pergi,
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri,
Aku tak bisa bila kau pergi.

p/s: Mood kecewa sangat-sangat ! :'(

Thank you.


6 July 2013

My Stuffie.

Assalamualaikum.

Setiap orang mesti ada benda yang dia suka dan tak suka. Betul tak? Kalau wa, wa suka stuff yang kiut miut macam wa (perasan kuasa 32) something yang berwarna pink! Aummm. I dunno why, but wa rasa pink itu comel. Tak suka pink? boleh blah dari blog comel nie. Mekasihhhhh.

Lagi satu, wa nie jenis suka simpan barang-barang, antaranya beg plastik! Hahaha. Selalunya kalau beli tudung ke, teddybear dekat butik ke kan dapat beg plastik yang comel-comel gituu. Haa wa suka simpan jenis beg plastik macam tu. Nak buang sayang. Tapi bila dah simpan belambak lambak, semak bilik pulak! 

Dah nama pun orang perempuan, kalau takda teddy bear nampak macam menipu la kan? Wa ada yang sebesar besar korang sampai yang sekecik kecik kuman, haha. Tapi umur macam wa nie dah tak sesuai nak main anak patung. Cuma hobi nak penuhkan kat atas katil, muahehe.

beg kelabu tu wa paling suka guna dan paling wa sayang. wa guna beg tu since form 2/3. Lupa dah. Beg pink polkadot tu ex wa bagi, wa simpan lagi. bukan sebab masih ingat kat dia, kalau nak buang sayang pula.
beg domo tu pun ex wa bagi. guess what? form 5 pun wa guna beg tu pergi sekolah dengan bangganya, haha



antara barang-barang pinky wa. tapi kalau baju tak banyak sangat sebab wa tak suka pakai baju yang warna sama ja. memang wa minat pink, tapi tak kan lah sampai baju pun semua nak kena pink kan? haha

Beg-beg tu tinggal banyak tu ja. Sebenarnya ada lagi. Beg-beg barbie wa semua dah sedekah dekat cousin wa, haha. Beg lain ada ayah wa guna, adik wa guna. Haa beg wa memang banyak. Pastu bila wa nak beli beg lagi mesti kena berleter dengan mak wa, haha. Hujung bulan nie masyuk, ingat nak pergi beli beg lagi nak bawa pergi Nilai nanti, hahahahaha.

Thank you.


5 July 2013

Medical Check Up.

Assalamualaikum.

Semalam wa tak sempat nak hupdate blog comel lagi gojes nie sebab kekangan masa. Agak busy sikit semalam sebab urus kan hal-hal nak masuk KPJUC nanti.
Okay. Firstly kalau nak sambung belajar mesti kena buat medical check up kan? So pagi semalam around 8 something macam tu, wa dengan parents wa pergi ke KPJ Penang untuk buat medical check up. Part nie yang den tak berkonan nie hahh. Masa duk register dekat emergency ward, adalah sorang staff nie duk sibuk on the phone. Oleh sebab dia India, so wa tak paham apa yang dia duk cakap. (Hello! Im here. infront of you. what the...)

Okay. Whatever. Lepas siap register, lepak-lepak jap dekat situ. A few minutes later, ada sorang nurse called out my name and suruh wa pergi buat urine and blood test dekat tingkat 2. Then wa pun naik ke tingkat 2 ditemani mak wa. Mula-mula kena buat urine test. Masuk je dalam washroom, Alamak! Macam mana aku nak buat nie. Tak reti baq hang! Hentam saja lahh.
Dah selesai, kena buat blood test pulak. Nervous sikit masa nurse tu tengah cari saluran darah dekat lengan. Buat nya dia tersilap cucuk, mampoih aku. Well human makes mistake. Haha tapi alhamdulillah, okay ja semua. Tapi wa tengok darah wa warna dia macam gelap nak kehitam-hitaman. memang macam tu eh?

Ohoiii, nie part yang wa paling tak suka. Di x-ray! I guess you olls already know why right? haha. Gila baq hang. Nasib yang x-ray wa tu perempuan. Kakak tu tengah buat praktikal. So i guess dia budak Medical Imaging. Kira wa punya senior sebab dia pun belajar dekat kolej Nilai tapi tak sempat nak berkenalan sangat. Nama dia pun wa lupa tanya. Before x-ray kakak tu tanya last day of period bila. Nahh, aku lupa bhai! Wa main agak je, pastu dia macam saiko wa. Dia cakap kalau tak datang period lagi kemungkinan pregnant. Gulp, ahh sudah! Evendoe wa tak pernah buat benda tak senonoh tu, bila orang dah cakap macam tu sapa tak takot kan? Pastu dia suruh wa pergi buat pregnancy test. Memang tak lah! Takpalah, proceed ja. Bila dah selesai, perghh lega gila. So the moral of the story ye adik-adik, akak-akak, bila datang period mohon tanda dekat calender. Jangan contohi saya ye. haha


Pastu kena ukur tinggi dengan berat, check blood pressure dan buat eyes test. Okay, wa bukan tak tinggi cuma bersaiz comel iaitu 149 cm and my weight is 44 kg. Alhamdulillah, blood pressure semua okay. Tapi sangkut sikit dekat eyes test. Wa dapat 6/9 for right and left. Maklumlah wa memang rabun pun. okay kena tukar spec kot, tapi baru ja buat last year, hmmm.


Lepas buat payment dan sementara nak tunggu result siap dalam 2 jam lagi, parents wa bawa pergi Aeon Jusco Seberang Prai sebab nak buka akaun bank Islam. Haa dalam shopping mall pun ada bank beb! Nak tunggu turn quiet long tapi proses dia kejap je. Tadaaa..


Team Harimau kot! Kau hado? Comel je kad bank nie. Ohh yeah, kad bank sekarang semua upgrade gitu. New maybank card ada lambang Superman. Bajet-bajet Man Of Steel gituuu, haha.

Lepas settle semua, kita orang pergi cari sport shoes untuk wa, heeee. So singgah lah dekat kedai Bata, so dapat lah sepasang. Pink you olls! Power brand je mampu. biaq lahh janji ada juga sport shoes nie, hihi.


Almost 2 hours, kita orang pun gerak balik ke hospital. Okay, nervous sebab result dah keluar, semua dah siap cuma nak tunggu jumpa doktor je. Tak lama sangat tunggu, pastu nurse tu panggil masuk bilik doktor. Thank God, doktor tu sangat baik dan peramah. Dr Noor Jinan if im not mistaken. Dia bagi sedikit advice dan motivate wa. kira confident level nak buat nursing nanti berkobar-kobar. Insya Allah, kalau ada rezeki dan peluang wa nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Aminn :')

Thank you.


3 July 2013

Runningman Ep 151

Assalamualaikum.

Entry bergambar. (malas nak taip)







p/s: bila aku tak pegang phone ramai pula duk call. bila aku duk usya phone 24/7 takda sapa pun nak call. Stress!! (tiru Gary oppa)

Thank you.


2 July 2013

Berkahwin Di Usia Muda.

Assalamualaikum.

Sekejap je dah masuk bulan Julai. Kurang 8 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Ada yang excited sebab bulan puasa dapat pergi bazar ramadan, solat terawih. Time nie ja pun nak gandakan amal ibadat. Ada juga yang tak berapa nak excited sebab kena tahan lapar. ishh..ishh..ishhh..

By the way, berkahwin di usia muda? Apa pendapat korang? Kalau ikut pendapat wa, tak kisah lahh kahwin muda ke, kahwin tua ke janji ada hubungan yang sah yang menghalalkan sesuatu hubungan lelaki dan perempuan. Ya, mungkin bukan senang untuk remaja pikul tanggungjawab sebagai suami isteri tapi perkara-perkara macam tu boleh mereka pelajari. (Remaja yang wa maksudkan yang berumur dari 18 tahun hingga 21 tahun.)

Jika mereka sudah ada kemahuan untuk mendirikan rumah tangga, ibubapa sepatutnya menyokong dan bukannya menghalang. Sebab apa? Sebab kalau mak bapak halang, tu yang terjadinya kes lari dari rumah, kes buang bayi, kes kahwin dekat negara jiran dan etc.

Tapi tapi tapi tapi anak muda sekalian, mendirikan rumah tangga bukan suatu perkara yang mudah. Perkahwinan ibarat perjanjian sehidup semati bersama pasangan kita. Bagi yang lelaki, sudah cukupkah kemampuan korang? Nak bagi makan anak bini, pakai, tempat tinggal? Dan yang paling penting, sudah bersediakah untuk menanggung segala dosa-dosa isteri dan anak perempuan mu? Lepas tu, bila dah tinggal sebumbung, segala perangai, habit, sikap yang kita tak pernah nampak masa bercinta dulu akan terlihat dengan jelas. Maklumlah, time bercinta dulu semua indah, taik gigi pun rasa coklat, ye tak?

Lain pula kalau si perempuan. Macam mana kalau tetiba ada seorang lelaki melamar korang? Lelaki tu pula dah ada kerja tetap, kerja dengan kerajaan pula tu, itu bonus. Dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, rupa boleh tahan, ada sedikit sebanyak ilmu pengetahuan agama and korang dah pun kenal lelaki tu dan family dia. Pendek kata complete package. Tapi lelaki tu pun masih muda. Korang setuju? Korang nak? Walhal korang tu baru nak sambung study, belum ada kerja sudah tentu, tak berapa reti masak, selagi mak tak jirus air korang tak reti bangun tidur dan masih bergantung kat mak bapak dan korang baru berumur 18 tahun?? Dan korang ada cita-cita dan impian yang korang nak kejar.

Kalau korang dalam situasi di atas, macam mana korang handle? So apa pendapat korang pasal kahwin muda nie? Ce komen sikit.

Thank you.


1 July 2013

Braces. Keperluan atau Keinginan?

Assalamualaikum.

Braces? Apa itu braces? Braces ialah sejenis pendakap gigi yang digunakan untuk memperbetul kedudukan atau struktur gigi. Sekarang nie dah belambak manusia yang guna pendakap gigi atau braces nie. Dalam Islam ia tak berapa digalakkan kerana dikatakan mengubah ciptaan Allah SWT (walwahuallam) Tetapi ada juga yang mengatakan harus menggunakan braces nie jika keadaan struktur gigi terlalu teruk sehingga tiada keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Adakah pemakaian braces era ini satu keperluan atau keinginan? Kalau nak di ikutkan wa pun teringin sebenarnya nak pakai braces nie. Nak cakap struktur gigi wa teruk tak sangat sebab semua gigi masih lagi dalam satu barisan yang sama cuma wa ada 'gigi rabbit' haha. Kalau nak ikutkan, kos untuk pakai braces di Malaysia nie mencecah hingga ribuan ringgit. Lepas tu setiap bulan nak kena pergi klinik untuk tukar braces. Kena keluarkan duit lagi. Dah tu sakit pula. Nak makan pun susah. Besides, pemakaian braces nie perlukan penjagaan khusus. Tapi orang dah tak kisah semua tu. Biar sakit asal cantik, haha. Well nak cantik mestilah kena sakit sikit, ye tak?

Tapi, pemakaian braces era nie dah macam trend. Tak kira di Malaysia, negara luar apatah lagi. Braces nie kira dah macam barang perhiasan seperti gelang, rantai and etc yang semua mampu dan boleh pakai. Orang yang gigi dia dah cantik pun boleh pakai braces dengan menggunakan fake braces. Tak percaya? Tengok nie...


Haa amacam? Sekarang korang percaya kan? wa pun terkejut lepas tengok video nie. Tak sangka ada yang sanggup pakai fake braces. Kononnya nak ikut trend? Err for me it quiet silly thing to do so, haha. 

Thank you.

p/s: Welcome July !!