18 October 2013

Mulut.

Assalamualaikum.

Memandangkan wifi tengah laju kat hostel nie, ingin beta gunakan kesempatan ini untuk menghupdate belog comel ini. Wahhh ekau kalau sembang nak bajet good good je kan Aida, haha.

Mulut. Semua manusia yang ada dekat muka bumi nie dianugerahkan dengan satu mulut. Even orang bisu pun ada mulut cuma yang membezakan diorang tak dapat bercakap. Erti kata lain dalam 'mute' mood. Bila bercakap masing-masing nak utaghakan pendapat sendiri sampai kadang-kadang tu terlepas cakap benda yang mungkin menyakitkan hati orang lain tanpa disedari.

Korang pernah dengar pasal 'mulut laser'? Usually mulut laser nie selalu dikaitkan dengan perempuan. Make sense jugak lahh sebab perempuan nie memang banyak bercakap, erti kata lain, kaki gossip. Bak kata orang putih gossip girls. Kalau kata orang hitam tak tahu pulak macam mana. 

But nowdays lelaki pun dah banyak yang mulut macam bontot ayam. Bila bersembang mengalahkan Mak Jemah belakang rumah sebelah reban jiran nenek aku. Nahhh ambik kauuuu, sembang nak propa ja kau Aida. Tapi bukan nak propa lahh, kadang-kadang tu memang kenyataan. Mulut lelaki zaman sekarang lagi jahat daripada perempuan. Kalau dapat mengumpat tu, ya Rabbi sampai berbuih-buih, lenguh-lenguh mulut tu. Nak lagi estream sampai cramp otot mulut, kahkahkah.

Well tak kisah la apa sekali pun, tapi bila bercakap tu jangan lah sampai menyinggung perasaan orang. Sampai orang dah menyampah nak bercakap dan berkawan dengan kita. So guys, cakap ikut hati bukan sesuka hati. 

Sekian.


6 October 2013

Heart Beqoken.

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo dear chinggu. So, with music background, Hujan Kelmarin by Taxi suddenly i got an idea to update the new entry. Puihhhh bajet je speaking omputeh. Macam pandai sangat, haha. 
Well, pembuka bicara pun dah macam bersimpang siur, haihh. Aku nie setiap kali nak update entry baru, mesti intro dia macam nak lari dari tajuk, menyampah pula bila baca balik apa yang aku tulis, kihkih. 

Okay, okay. Back to topic. Apa yang heart beqoken sangat tu? Nie dah bukan setakat heart, pancreas, liver, intestine. gall bladder aku aku pun turut merasa sakit. Cehhhh mentang-mentang la nursing student, semua organ dalaman dia nak list down. Menyampah! *korek hidung*

Emmmm korang pernah tersuka dekat boyfriend orang? Yeahhh! Perkara macam tu selalu sangat terjadi dekat aku. Why? Why? Why? Tapi, masa aku dah tersuka dekat orang tu, aku belum tahu pun yang dia dah berpunya. Bila tanya tak nak bagitahu. So salah aku ke? Salah aku? Haihhh geram pulak rasa. Rasa macam nak je aku benam kepala member kat sebelah nie dalam mangkuk jamban!

Seriously, benda nie sangat menghantui aku. But, aku bukan la yang jenis suka rampas hak orang dan ganggu kebahagiaan orang. Sebab menjadi pihak ketiga nie ibarat syaitonirojim, hihi. Those thing pernah jadi dekat aku. Aku tahu macam mana sakitnya bila orang yang kita sayang kena rampas. Kebahagiaan yang kita bina bertahun-tahun hilang macam tu saja kerana berpunca daripada pihak ketiga. And aku nie perempuan,so aku patut paham perasaan sesama perempuan.

Haihhh, bergenang ja air mata bila cakap pasal nie. Salah ke aku suka dia? Berdosa ke aku suka dekat boyfriend orang? Aku takda niat pun nak kacau hubungan orang. Si dia sudi jadi teman aku. Patut ke aku tolak? Tak patut rasanya. Cuma berkawan, aku rasa tak salah. Tapi yang salahnya aku tak dapat control perasaan aku terhadap dia. Entah. Aku suka dia. Itu ja yang mampu aku kata. 

Aku cemburu bila si dia dengan pihak sana. Jangan hati. Terlalu awal untuk sayang dia. :'( Aku taknak sebab aku tak dapat control perasaan aku terhadap dia, friendship kita orang rosak. Haihhh! Tapi andai kata si dia ada sedikit menyimpan perasaan, aku akan tunggu :')

Ahhh! Berangan lahhh kau Aida. Tak kan lah dia nak tinggal awek dia sebab hang. Pergi cermin muka hang tu! Dia sikit pun tak pandang hang weyyy, hang ja yang gilakan dia. Tak malu ke suka pakwe orang? Nak ke orang label hang perampas? Dah laa. Lupa kan dia. Dia dah bahagia dengan life dia. Kau tak patut ganggu dia, dan paling penting, hang kena buang perasaan hang dekat dia. Memang lahhh susah, tapi hang kena cuba. Jangan tunjuk yang hang tu lemah.

Cuba pandang orang yang nak kan hang. Kenapa hang selalu tak nampak tu. Nak jugak dekat orang yang sikit pun tak pandang hang? hah? kenapa? Sebab hati aku cakap aku suka dia. Tapi, aku harap aku dapat kikis sikit demi sedikit perasaan suka tu. So,dear ******,im done! Thank you :)

p/s: Be with someone that can make you feel the beauty of life :)