30 March 2013

Love.

Assalamualaikum.


Heyyo people ! 
Love? What do you understand about love? Sebenarnya Faa pun tak banyak sangat pengalaman tentang cinta nie. And im still freshie about love, kononnya. Ahaha. Zaman sekarang, budak-budak 12 tahun pun dah pandai bercouple. Itulah dinamakan cinta monyet mendapat bunga. 

Terus terang cakap, Faa pun dah banyak kali kecundang dalam percintaan. *cewahh, jiwang siot. Macam Awie dalam sembilu* phiewww! Yaa, mungkin ramai orang menganggap cinta monyet nie tak kemana. "memang tak kan kemana lahh kalau dah bercinta dgn orang yang berperangai macam monyet" 

Macam tak percaya ja dah setahun lebih Faa menjanda. Dan sejak hari tu Faa malas nak mencari cinta. Hingga satu hari Faa berkenalan dengan seorang lelaki dan secara tak sengaja Faa terjatuh cinta dekat dia. Tapi nasib Faa macam tak berapa baik, dia dah balik pada EX dia. Hahaa *fake smile*. Choii, apasalahh cerita pasal dia pulak. Phuihh ! 

To couples outside there, bercinta memang boleh tapi please jaga batas-batas pergaulan korang. Dah terlalu ramai sangat anak muda yang berpelukan, berciuman dekat tempat public tanpa rasa malu. Kalau rasa takda malu pada sesama manusia, malulah pada Allah SWT :')

FOLLOW MY TWITTER --> https://twitter.com/fafawaa

Thank you.



12 March 2013

Friendship ! ♥

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernyawa.

Haihh mata bengkak sikit sebab menangis semalam. Hanya Tuhan ja yang tahu apa yang Aida rasa. Betul kata orang, mencintai tak semestinya memiliki. Tak palah, Aida redha. Mungkin Aida dengan dia memang takda jodoh. Maybe kami cuma ditakdirkan selamanya hanya untuk menjadi sahabat :')

Nevermind. Sekarang nie dah hampir 4 bulan Aida bekerja dekat Parkson, Sunway Carnnival Mall Seberang Jaya. Macam-macam perangai orang Aida dapat tengok. Macam-macam jenis orang Aida dapat berkawan. Walaupun orang-orang yang bekerja disitu semuanya lebih tua dan perbezaan umur yang agak banyak tapi kami macam satu family. Sikit pun tak pernah rasa tension kerja dekat situ. Cuma kekadang tu boring sikit bila takda customer, heee.
Perbezaan umur tak menghalang untuk kita berkawan selagi kita tahu hormat pada orang yang lebih tua. 
*kak ErninaAzanis tapi Aida suka panggil dia kak Anis Najwa. sesuka hati tukar nama orang, haha*
Walaupun dia nampak tingtong, tapi dia ialah seorang kakak dan kawan yang baik. Bila Aida dengan dia, Aida dapat rasa kasih sayang seorang kakak. Maklumlah, Aida nie anak sulung.


Dalam gambar nie ada Nazura, Shahira, Intan dan kak Siti Aminah. Nie semua wajah kesayangan hamba. 
Nazura, seorang sahabat yang tingtong, memang kalau nak buat kerja gila Aida akan cari dia lahh. Duduk dengan dia sehari tak gelak, tak sah! 
Shahira, kami mmg rapat sejak sekolah lagi. Apa-apa masalah kami suka share sama-sama. Harap persahabatan nie hingga ke Jannah :')
Intan, juga rapat sejak sekolah. Sampai ada waktu form 3 dulu kami ada tubuhkan band. Maklumlah, kami nie suka bermain alat muzik :p
Siti Aminah, kawan baik kepada kak Anis. Dia juga boleh jadi kakak yang baik. 
So conclusion nya aku sayang semua kawan aku, walaupun takda gambar diorg dekat sini. Ingat tu !!

Thank you.



1 March 2013

Tarikh Keramat !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk melihat dan menghayati keindahan ciptaan Ilahi pada hari Jumaat yang mulai ini.

Mungkin semua orang dah tahu bahawa result SPM akan diumumkan pada tanggal 20 Mac 2013. Saya ulang 20 Mac 2013. Cuma tinggal lagi 19 hari sahaja lagi. Dah bersediakah calon-calon SPM 2012 untuk menghadapi realiti yang akan tiba nanti. Bermulalah titik tolak, dan arah tujuan hidup kita selepas ini. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang Aida rasa sekarang. Nervous, cuak semua ada. Lengkap dalam satu pakej!

Aida baru ja lepas kemaskini borang UPU online. Tapi selepas dapat result nanti, Aida akan kemaskini kembali permohonan tu mengikut keputusan SPM dan kemampuan Aida. So, Aida just nak sarankan kepada sesiapa yang dah isi borang UPU secara online tu, kemaskini kembali borang anda mengikut kesesuaian keputusan SPM anda. 

Apa-apa pun, tawakal saja kepada Allah. Kita semua dah usaha sebaik mungkin. Yang selebihnya serahkan saja kepadaNya. Yang penting jangan lupa solat dan berdoa agar kita semua mendapat keputusan yang terbaik. Yang dapat membanggakan ibubapa dan guru. AMIN :')


*lukisan kanak-kanak ribena* -..-'

Thank you.