11 February 2013

Move. On.

Assalamualaikum.

Praise to Allah because of Him im still alive today. 

" Kenapa aku masih belum jumpa orang yang betul-betul menyayangi aku? Kenapa semuanya buat aku sekadar tempat untuk mereka melepaskan bosan? Apa tak pantaskah aku disayangi? Dicintai? Mungkin benar, Allah sengaja mempertemukan aku dengan orang yang salah supaya aku lebih bijak membuat keputusan, lebih bijak mengenal antara kaca dan permata. Aku perlu kan seorang lelaki yang dapat menceriakan aku disaat aku bersedih. Mungkin, akan ada yang berkata, apa gunanya kawan? tak semua kawan boleh dan sudi mendengar masalah kita. Tak semua kawan sanggup menanggung kesedihan yang kita rasai bersama. 

Family? Aku lebih selesa jika tidak menceritakan kepada mereka. Aku cuma suka dan sayang pada seorang hamba Allah yang bernama Muhammad Amiruddin. Kami berkenalan, kami berkawan, kami menjadi rapat hingga satu hari dia menyepi tanpa khabar dan berita. Kini dia muncul dan aku ingat masih ada harapan buat aku tapi sayang semuanya tinggal angan-angan. Haaa. dia sudah ada teman istimewa aku rasa. Mungkin aku patut lupakan dia dan terima kenyataan yang aku dan dia hanya ditakdirkan untuk menjadi sahabat. Aku sendiri tak pasti kenapa aku sayang benar pada dia. Mungkin dia ada sesuatu yang istimewa yang aku tak nampak pada orang lain. 

Kawan-kawan selalu melihat aku ketawa, melihat aku senyum. Tapi mereka tak tahu apa yang aku simpan dalam hati. Rasanya tak perlu aku bersedih-sedih di hadapan teman-teman ku hanya kerana aku tak dapat cinta seorang lelaki. Tabahlah wahai hati. Suatu saat kau pasti akan merasa bahagia. Cinta jangan dicari. Cinta yang datang, yang ditentukan oleh Allah SWT pasti kekal abadi...."

Thank you.