2 July 2013

Berkahwin Di Usia Muda.

Assalamualaikum.

Sekejap je dah masuk bulan Julai. Kurang 8 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Ada yang excited sebab bulan puasa dapat pergi bazar ramadan, solat terawih. Time nie ja pun nak gandakan amal ibadat. Ada juga yang tak berapa nak excited sebab kena tahan lapar. ishh..ishh..ishhh..

By the way, berkahwin di usia muda? Apa pendapat korang? Kalau ikut pendapat wa, tak kisah lahh kahwin muda ke, kahwin tua ke janji ada hubungan yang sah yang menghalalkan sesuatu hubungan lelaki dan perempuan. Ya, mungkin bukan senang untuk remaja pikul tanggungjawab sebagai suami isteri tapi perkara-perkara macam tu boleh mereka pelajari. (Remaja yang wa maksudkan yang berumur dari 18 tahun hingga 21 tahun.)

Jika mereka sudah ada kemahuan untuk mendirikan rumah tangga, ibubapa sepatutnya menyokong dan bukannya menghalang. Sebab apa? Sebab kalau mak bapak halang, tu yang terjadinya kes lari dari rumah, kes buang bayi, kes kahwin dekat negara jiran dan etc.

Tapi tapi tapi tapi anak muda sekalian, mendirikan rumah tangga bukan suatu perkara yang mudah. Perkahwinan ibarat perjanjian sehidup semati bersama pasangan kita. Bagi yang lelaki, sudah cukupkah kemampuan korang? Nak bagi makan anak bini, pakai, tempat tinggal? Dan yang paling penting, sudah bersediakah untuk menanggung segala dosa-dosa isteri dan anak perempuan mu? Lepas tu, bila dah tinggal sebumbung, segala perangai, habit, sikap yang kita tak pernah nampak masa bercinta dulu akan terlihat dengan jelas. Maklumlah, time bercinta dulu semua indah, taik gigi pun rasa coklat, ye tak?

Lain pula kalau si perempuan. Macam mana kalau tetiba ada seorang lelaki melamar korang? Lelaki tu pula dah ada kerja tetap, kerja dengan kerajaan pula tu, itu bonus. Dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, rupa boleh tahan, ada sedikit sebanyak ilmu pengetahuan agama and korang dah pun kenal lelaki tu dan family dia. Pendek kata complete package. Tapi lelaki tu pun masih muda. Korang setuju? Korang nak? Walhal korang tu baru nak sambung study, belum ada kerja sudah tentu, tak berapa reti masak, selagi mak tak jirus air korang tak reti bangun tidur dan masih bergantung kat mak bapak dan korang baru berumur 18 tahun?? Dan korang ada cita-cita dan impian yang korang nak kejar.

Kalau korang dalam situasi di atas, macam mana korang handle? So apa pendapat korang pasal kahwin muda nie? Ce komen sikit.

Thank you.


5 comments:

Sarah Mohd Saleh said...

kakak sama situasi mcm adek, tp parents akak tak bagi sebab akak takde keje tetap lagi. deyrg buat tu semua sbab nat manela tahu die meninggal awal dr kite ke dan kte plak takde keje anak plak ade 8 org memang sakit lah nak bela 8 org kan dgn takde keje,so cr lah keje dlu sbab kte takkan tahu masa depan kte cemne ye dakk? at least takde harapkan duet die. n kalau die syg die akn tggu dgn sabar ;)

Aida Ismail said...

Maknanya sis dah tua la ek. Dah 24 pun tak kawen2 lagi ni. Hakhak. Ada jodoh, ada la. Patutnya parents kena bagi je kalau anak2 nak kawen. Dari diorang dok buat maksiat, elok kawenkan aje.

Asyiffa Aida ♥ said...

@Sarah Mohd Saleh : itulah. tak boleh nak harap sgt dekat si lelaki.

@Aida Ismail : 24? kategori muda tapi bukan remaja dah, akak dah dewasa nie, hihik

Norcahaya Ali said...

klw na kwen , kawen la . benda elok ta boleh na halang ye tak ?

tp for me nak kawen muda tak kot. masak tak reti. ahahaha ,

Mizz Aiza said...

akak dah umur 30tahun tak kahwin lagi.. hihi.. jodoh, maut dan rezeki rahsia Allah swt.. jika jodoh datang awal jangan ditangguh lagi, teruskan niat baik tu..