15 February 2014

This Is Not The End :')

Assalamualaikum.

Memandangkan besok aku dah nak balik kolej so hari yang ada nie, digunakan bersama encik cinta. Hari nie ronda Penang sakan. Mula mula pergi beli tiket bas dekat Jeti Bagan. Sebelum tu pun dia dah buat muka macam taik, entah kenapa, aku pun tak pasti. Adalah tu benda yang dia tak puas hati kat aku. Oleh sebab cuaca sekarang melampau lampau panasnya, kami decided untuk naik feri. Kalau ikut jambatan Pulau Pinang tu, balik balik rumah ja mak aku pun dah tak kenai mana anak dia, mana keling Perai haha. 

Sementara nak tunggu feri tu aku just perhatikan gelagat dia. Nak tergelak pun ada tengok perangai dia yang acah- acah merajuk tu. Sumpah wey, aku nak tergelak! Kang gelak tetiba orang kata gila pulak. Tak pernah pernah dia macam tu, sepatah haram tak cakap dengan aku, merajuk kata kau! Nak ditegur malas pulak, yelahh ego kan? haha. 

Dah naik atas feri, dia still diam. "Ehh melampau dia nie! Nak ja aku humban dalam laut tu, biar dimakan dek ikan bilis. Padan muka!" kata aku dalam hati, haha. Disebabkan malas nak panjang panjang cerita aku pun bersuara. Pujuk sikit sikit, makan lahh jugak. Alahh mana boleh dia nak merajuk dengan aku lelama, kempunan nanti beb! Haha. Inilah yang dipanggil gaduh gaduh manja menyampah, haha. 

Sesampainya di Penang dia ajak pergi BJ, Bukit Jambul. Entah kenapa. Maybe Queesbay dah selalu pergi kot, saja tukar angin pulak. Jalan jalan kejap, such a boring place, haha. Then kitaorang pergi Taman Belia. Mak aii keling buat parti dekat situ kot. Swimming pool pun penuh dengan diorang ja, haihh tak lalu aku nak terjun mandi sama. Kalau nak bawak family beriadah, berkelah ke, sesuai lahh kot tempat macam tu. Berbekalkan camera yang tergantung dileher, terhasil lah gambar gambar yang indah nie :)





*takda cermin, menatang nie pun jadilahh*

"Ada rezeki kita jumpa lagi. Awak, jaga diri, jaga kesihatan. Saya sayang awak Muhammad Izzul Safwan!! :')"

Thank you :)


13 February 2014

Aku Adalah Aku..

Assalamualaikum.

Hello rakyat jelata sekalian. Well cuti aku masih berbaki lebih kurang 2 hari macam tu. Actually aku pun pening nak balik kolej hari Sabtu atau Ahad. Tiket bas tak beli- beli lagi. Baju dah siap packing tapi aku dah 'punggah' balik sebab i have no clothes to wear time nak keluar ngedate dengan cinta hari tu. Yang lawa lawa aku dah packing dalam bag, tinggal yang buruk buruk ja dalam almari tu, haha. 

Tengoklahh, intro setiap entry aku tak pernahnya nak 'seteqait' to the point, haha. Well, itulah cara aku. Orang kata sebelum nak jatuh cinta dengan seseorang tu kita kena kenal dulu baik buruk orang tu. Barulah kita tahu orang tu sesuai ataupun tak untuk jadi pasangan kita.

Aku stalker? Betullah kot. Haha aku kalau dapat stalk orang perghhhh, you better watch out babehh! *goyang bontot* Stalk orang? Tak bermaksud aku nie kepochi mahupun minachi. Kalau aku stalk pun just orang tertentu, contohnya macam boyprengg aku, haha. But i have big problem, bila aku stalk balik balik nanti aku pulak yang sakit hati tapi tetap nak stalk, gilaa! Alahh korang pun mesti pernah kan?
Lets say korang clash, pastu hari hari stalk account facebook ex korang untuk tahu pasal life dia. Apa dia tengah buat sekarang, sihat ke, dah ada penganti baru ke and so on. 

Maybe aku tak boleh jadi seperti 'bekas madu' aku tu, but im sure that im gonna be much better than her. Well, siapa tak happy kalau tengok orang yang dia sayang happy kan? Macam tu jugak lah aku. Okayy lah, aku mengaku sometimes im easily get angry, jealous and im pretty good in sulking! *muka bangga* hahahaa. Tapi aku terpikir sampai bila aku nak marah, cemburu, merajuk sebab benda yang tak patut aku marah, cemburu dan merajuk??????? Well, i guess i should change before he give up. 

Mungkin aku buat semua tu just nak kan perhatian dia. Yelahh kitaorang nie dikira bercinta jarak jauh jugak lahh. Dapat jumpa pun kalau aku balik Penang. But i just need to trust of him, i need! Sehari tak dengar suara dia tak boleh tidur aku dibuat nya and i mean it guys. Nie dah kes angau teruk wehh. Just imagine, setiap kali aku rindu dekat dia mesti laju ja air mata nie nak keluar. Then bila dia call dengar aku menangis mesti dia akan cakap "Alolololo, kesiannya dekat budak busuk nie" Mau mengamuk aku dia panggil macam tu haha but its quiet cute actually. Dia pun dah paham sangat dengan perangai manja aku nie. Maybe this is the reason why dia sanggup habis kelas ja terus balik sebab nak jumpa aku. Bak kata dia "Saya tak rasa susah pun. Lagipun awak bukannya selalu balik, bukannya kita dapat jumpa selalu" *im touched*

Supposed today dia dah balik, al maklumlah Kedah kan cuti Jumaat and Sabtu tapi besok dia ada kelas ganti pulak. So maybe Sabtu nie adalah date terakhir kitaorang before aku balik kolej, hmm. Sedang menanti panggilan dari dia tapi macam lambat lagi ja. Sekarang baru pukul 2, dia habis kelas pukul 4 macam tu, hmm. Sabarlah wahai hati, tak lari gunung dikejar. :')

Thank you.


7 February 2014

Finally.

Assalamualaikum gojes gojes semua.

Ya Allah, dah lama gila aku menghilang dari alam blog nie kan? Bukan apa, sibuk sikit sejak sejak pegang tittle sebagai student nurse yang tercomel sekali di Asia Tenggara nie. Perghh! Perasan tu tak nak kalah kau jahh. Aku sendiri yang taip, tapi aku sendiri pulak yang naik menyampah bila baca balik, haha.

Bila dah jarang jarang hupdate blog nie, semangat dia dah tak membara macam mula mula blogging dulu. Dulu, kalau boleh sehari 8, 9 kali aku nak hupdate blog. Eksaited terlebih, jakun pun ada sebenarnya. 
Well, study aku macam biasa. Sekarang nie dah lebih kurang 7 bulan aku bergelar KPJUCian. Dan aku pun dah merasa pengalaman bekerja dekat hospital. Kalau dulu kat kolej, cuma mampu bermain dengan patung ja yang tak reti nak cakap "Saya sakit nurse" "saya rasa nak mati nurse" haha. 

Tapi dah mula buat clinical posting hari tu, ive found that nurse profession was a bit adventure and have a lot of risks. Of course lah kan sebab kau bermain dengan nyawa orang. Tapi nie bidang yang aku sendiri pilih so aku kena habiskan juga sampai dapat pegang segulung ijazah nanti dan kemudian dapat tittle 'STATE REGISTED NURSE'. 

Setelah hampir sebulan lebih aku merantau ke Kuala Lumpur akhirnya dapat aku pulang ke negeri kelahiran, negeri kebanggaan aku, Pulau Pinang. Haria penang haria. Ehh malam nie Penang lawan Uitm fc kalau tak silap dekat Stadium Bandaraya. *tetiba* Haha
Tu tak cukup membuat aku teruja. Ada lagi yang lebih membuat aku eksaited tahap cipan. Wuhuuu keluar ngedate dengan cinta hati. Dah lama duk tunggu, berbakul-bakul rindu. 

Such a memorable day.


Kalau nak cerita kisah pengenalan kami nie memang panjang. Usia percintaan nie masih awal tapi aku kenal si encik cinta nie dah lama, since aku darjah enam, dari darjah enam aku suka kamu, laalalalala, haha. Tapi kita orang berjumpa balik sewaktu di tingkatan enam. Tapi masa tu bapak sombong mamat nie. Tengok aku serupa tak kenai, padahal dulu pi tuisyen sekali, meyampah! *hentak kaki*

Bila ditanya kenapa tak tegur masa kat sekolah dulu, "awak lahh kena tegur saya dulu" ada ka patut macam tu? Nak je aku cabut telinga dia letak pastu gam kuat kuat kat tapak kaki *macam tak logik ja, haha* Tapi tak kisah lah. Janji aku dah dapat hang dan hati hang wahai encik cinta! Pakej! Kalau ada yang tak puas hati, menyampah melihat kebahagiaan kami nie mohon benam kepala dalam tanah ye? Haha. 

Walaupun baru jumpa semalam tapi rindu tu duk bertambah tambah pulak. Yelahh, inilah yang dinamakan bila bercinta tu semuanya indah belaka, kentut pun dia kata perfume, gila betoi. Apa apa pun aku dah cinta mati dengan hang weyy. Aku harap hubungan kita nie sampai bila bila lahh nohh. Umur pun dah meningkat, pemikiran pun dah semakin matang, so dah takda istilah nak main main. Semua kena serius ja sekarang nie. Korang pun doa doakan lahh yang terbaik untuk kami berdua. Yang paling penting, kami dah dapat pun restu daripada ibubapa kedua dua pihak :)

Thank you.