25 October 2012

To All Muslim Please Alert About This!!

Assalamualaikum.

Hello people. Morning! Hari nie Aida nak mintak tolong kepada semua umat Islam yang baca atau tahu pasal satu group dekat facebook yang ditubuhkan untuk menggalakkan atau menyokong orang Islam yang dah murtad. Murtads in Malaysia and Singapore Aida nak mintak jasa baik korang semua tolong report group nie. Buatlah sesuatu demi agama kita, agama Islam!! Allahuakbar!


Nie yang Aida dapat prinscreen. Mohon korang report group nie okay. Lakukan demi agama kita. Tolong sebarkan kepada kekawan ye?

Thank you.



22 October 2012

Note This!

Assalamualaikum.

Hello people. Wassap? Topik yang Aida nak share dengan korang nie simple ja. Kalau korang rasa patut buat, korang buat. If not suka hati korang lahh, malas nak ambik port, hihi. 

Well, apa yang Aida nak meroyan nie? Aida nak share some tips about blogging. Sekarang nie ramai dah yang ada blog, and bermacam-macam style blog korang boleh tengok. So Aida nak sentuh sikit bab penulisan korang. Blog nie bukan macam twitter yang nak jimat- jimat huruf. Korang bukan buta huruf mahupun terencat akal kan? So why not tulis tu biar penuh. Satu lagi, Aida merayu dekat korang semua tolonglah jangan guna bahasa rempit such as 'titew / yunk / mucux / terox...' I felt like ewwww! Tak comel pun tulis macam kerbau nie, haishh.

Then, pasal penggunaan warna tema blog especially main background colour. Aida pernah jumpa satu blog nie dia guna warna oren! Ya Allah, berpinar mata, nasib tak pengsan. *hyperbola* Well, orang selalu guna warna putih dengan hitam ja. So guys, tolong elakkan daripada guna warna yang terang macam tu. 

Lastly, penggunaan font. Bab nie Aida sangat pantang dan jaga. Kalau cerita korang best tahap cipanzi pun tapi tulisan, smpai guna kanta baru boleh baca. Lagi terok sampai kena guna google translate. Aida cadangkan korang gunalah font macam verdana, arial, trebuchet or any font yang senang dibaca, okayy?


By the way, kalau korang terasa dengan entry Aida kali nie, Aida mohon maaf okayy. Tak da niat pun nak kata dekat sesiapa. Chill okay, tak remajalah sentap-sentap nie. hihi. Tapi apa yang cuba Aida kongsi dengan korang hari nie, itulah realitinya dunia blogger. Renung-renungkan sampai termenung!

Thank you.



14 October 2012

Setiap Orang Pernah Di Kecewakan

Assalamualaikum.

Hi people. Dah nak tengah hari, masih ada yang tak bangun tidur lagi ke? haishh. Tak remaja langsung bangun lambat- lambat, kan? kan? kan? Okay, based on tajuk entry Aida yang agak panjang tu apa yang korang rasa Aida nak cerita? Siapa teka dengan betul dapat choki- choki, haha. "Tak payah nak berteka teki sangat lahh Aida oii" sampuk Mak Jemah tetiba. Ewahh gelojoh pulak Mak Jemah nie, tak pernah makan berus jamban kot, haha.


Well, siapa yang tak pernah bercinta. Even budak darjah 6 sekarang pun dah pandai bercinta bagai. Cuma yang membezakan cinta tu ialah cinta monyet, cinta unta, cinta tenuk atau cinta sejati. Dan setiap kali itulah setiap orang pernah merasa di kecewakan oleh pasangan masing-masing, setuju? 

Last Aida couple bulan Mac lalu. Means dah almost 8 months menjanda. Well janda bukan sebarang janda okay, janda berhias nyah, haha. Kau hado? Lelaki kejap ja nak dapat penganti, perempuan maybe take time untuk pulihkan kepercayaan dia dekat lelaki. 

Serious talk, Aida ada suka dekat someone, yeahh kita orang dah pernah meet. Hati Aida tak pernah terbuka untuk sesiapa until i met him. Tapi rasanya Aida macam bertepuk sebelah tangan ja kot. *gesek violin* Well, as a woman we must know, bila seseorang lelaki layan kita dengan baik tak semesti nya dia suka kita. Maybe dia just ambil berat pasal kita sebab dia anggap kita sebagai kawan baik. Tapi biasa lahh perempuan, selalu salah tafsir kebaikan lelaki tersebut. *cakap dengan cermin*

So kawan- kawan, kalau kita di kecewakan oleh pasangan sekali pun kita jangan lah sampai buat perkara bodoh sampai toreh tangan, terjun bangunan, terjun jambatan. Mostly perempuan lahh yang suka sangat buat kerja 'barbie' macam nie. Ingat, Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar yang kita layak untuk dapat someone yang lebih baik. 

Bagi yang masih belum SPM macam akak nie, ewahh klass kau nyah, just concentrate on your study first. Nanti bila kau dah masuk universiti kau boleh pilih macam pilih ikan dekat pasar, belambak! 
Jangan hancurkan masa depan sebab cinta. Note that.

Thank you.




12 October 2012

Welcome To Neverland

Assalamualaikum.

Hi people. As you know tadi Aida ada buat short entry mengenai blog Aida yang dah mengalami perubahan drastik. As you can see no more sidebar, kan? kan? New header, new background, new name! Kalau korang dah tak kenal, nielah blog Dunia Primadona. Tapi sekarang dah tukar nama kepada Neverland :)

I have change the name based on the header, yeahh. Header nie bukan Aida buat sendiri. Ambik dekat, ohh gosh i forgot her blog already. But no worries because Aida dah mintak izin owner blog tu untuk gunakan header dia :) Cantik kan?


By the way, apa pendapat korang mengenai blog Aida yang baru nie? Bertambah cantik? Gojes? Aumm, haha. Apa saja pendapat korang jangan segan-segan share dengan Aida. Tinggalkan komen korang ye? :)

Thank you.




New!

Assalamualaikum.

Hai there. Dah lama sangat rasanya Aida tak update blog nie kan? Well, seperti yang korang boleh tengok, i already 'touch up' my blog. its looks more matured, sesuai dengan umur, i guess. haha. 

Walaupun sekarang nie Aida dah jarang update, harap korang tak lupa kewujudan blog Aida nie. Actually banyak benda yang dah terjadi and i really, really wanna share it wth you guys. Tapi rasa malas pulak nak tulis panjang-panjang, hee. By the way i will change the header soon :)

Thank you.