1 July 2013

Braces. Keperluan atau Keinginan?

Assalamualaikum.

Braces? Apa itu braces? Braces ialah sejenis pendakap gigi yang digunakan untuk memperbetul kedudukan atau struktur gigi. Sekarang nie dah belambak manusia yang guna pendakap gigi atau braces nie. Dalam Islam ia tak berapa digalakkan kerana dikatakan mengubah ciptaan Allah SWT (walwahuallam) Tetapi ada juga yang mengatakan harus menggunakan braces nie jika keadaan struktur gigi terlalu teruk sehingga tiada keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Adakah pemakaian braces era ini satu keperluan atau keinginan? Kalau nak di ikutkan wa pun teringin sebenarnya nak pakai braces nie. Nak cakap struktur gigi wa teruk tak sangat sebab semua gigi masih lagi dalam satu barisan yang sama cuma wa ada 'gigi rabbit' haha. Kalau nak ikutkan, kos untuk pakai braces di Malaysia nie mencecah hingga ribuan ringgit. Lepas tu setiap bulan nak kena pergi klinik untuk tukar braces. Kena keluarkan duit lagi. Dah tu sakit pula. Nak makan pun susah. Besides, pemakaian braces nie perlukan penjagaan khusus. Tapi orang dah tak kisah semua tu. Biar sakit asal cantik, haha. Well nak cantik mestilah kena sakit sikit, ye tak?

Tapi, pemakaian braces era nie dah macam trend. Tak kira di Malaysia, negara luar apatah lagi. Braces nie kira dah macam barang perhiasan seperti gelang, rantai and etc yang semua mampu dan boleh pakai. Orang yang gigi dia dah cantik pun boleh pakai braces dengan menggunakan fake braces. Tak percaya? Tengok nie...


Haa amacam? Sekarang korang percaya kan? wa pun terkejut lepas tengok video nie. Tak sangka ada yang sanggup pakai fake braces. Kononnya nak ikut trend? Err for me it quiet silly thing to do so, haha. 

Thank you.

p/s: Welcome July !!

10 comments:

Syaz Wani said...

Oh my God. Tak bahaya ke ni??

fiza saiza said...

haiyaaaa...ini macam pun ada ka?..huhuu

Faiz Hafizy said...

comel jugak pakai bnda ni . hihi .

Secret Of Shaila said...

pakai benda ini mmg hasil memuaskan..cuma pantang2 dia lah...agak sukar sikit..^^

Harith Iskandar said...

baru cadang nak pakai.tp dgr kate sakit tu yg takut sikit tu

Tasneem said...

wahhh. hehe kreatif sangat!

Aida Ismail said...

Tah ape2 je orang yang buat fake braces ni. Tak berkarat ke duduk dalam mulut tu? Kehkeh~ ;p

Norcahaya Ali said...

dulu masa kecik2 teringin nak pakai, nampak cute n lain dari yg lain, skg my mum offer taknak pulak sebab takut sakit .hehehehe

Mizz Aiza said...

tak sangka ada yang sanggup pakai fake braces semata nak ikut trend.. anak saudara akak dah 3tahun pakai braces sebab giginya 'jongang'.. memang leceh betul nak makan dan gosok gigi pun ada berus khas.. kalau akak memang tak sanggup kot.. hehe..

Tomfero Rero ( = said...

pakai braces nmpak comel for me..
yg fake tu x sket pon bile pakai. lgpun bile nak mkn kne bukak. tp mngkin bahaya kot sbb besi tu mmudaratkan..