22 July 2013

Tanda-tanda Kita Suka Pada Seseorang

Assalamualaikum.

Hi hi hi hello evelibadi. Menghabiskan sisa-sisa masa di rumah amat membosankan, naik loya tekak hadap benda yang sama ja. So, daripada aku tak tahu nak buat apa-apa, aku segera buat-buat comel depan komputer nie dengan harapan dapat hupdate belog. Tapi sayang, aku kekeringan idea! Arghhhhh!


Tengah syok layan citer Spangebob tetiba idea datang mencurah-curah. haha. Dalam entry kali nie aku saja nak share beberapa tanda-tanda yang kita dah jatuh hati pada seseorang. 

1. 24/7 dengan handphone
Haaa ini adalah petanda awal. Kalau dulu, handphone tu boleh berhabuk setebal 10 inci sebab tak disentuh. Terbiar ja atas meja tu. Kalau ada mesej masuk pun, semua Maxis yang hantar sebab tarik SOS topup, hihi. Haa ini aku pelik. Kalau makan dekat McD, KFC ke sos dia free ja, tapi kenapa Maxis suruh bayar balik sos tu, haihhh. Bakhil.

2. Sentiasa tersenyum macam orang sasau
Kes nie lebih kurang macam aku lahh. Tersengih-sengih bila teringatkan moment-moment sweet tu, haktuihhh! haha. Bila kita terpikirkan pasal dia, automatik kita akan tersenyum. Sampaikan bangla kat depan kita yang tengah sapu sampah tu pun terperasan, ingat duk senyum kat dia, kahkahkah. So nak senyum tu boleh, tapi jangan lah kat depan public, takut orang kata gila sebab sengih sorang-sorang.

3. Suka pada setiap perkara yang si dia lakukan
Bila hati dah sayang, dah suka semua yang si dia buat semua nampak indah. Nampak cool. Even cara-cara si dia mengorek hidung pun boleh buat kita tak dapat tidur malam. "Wahh coolnya cara dia korek hidung. Tak pernah jumpa orang korek hidung guna ibu jari kaki macam dia. Aummm!" 

4. Selalu ingin berjumpa/berbual di telepon
Bila dah suka, mestilah kita sentiasa nak tengok dia atau berbual dengan dia untuk melepaskan rinduu, konon. Tak cukup korek tabung sendiri, tabung haji dirompaknya sebab nak dapatkan topup 5 hengget, kahkahkah. 

5. Cuba mencuri perhatian si dia
Haha, kalau taktik nie aku selalu buat waktu sekolah dulu. Sebab suka punya pasal, aku selalu ulang-alik depan kelas dia dengan harapan dia akan perasan kewujudan gadis comel ini. Mohon lempang muka aku selaju 120/km, haha. Tapi konpem-konpem bukan aku sorang ja buat kerja menyetan nie, korang pun mesti pernah buat kan? hihi. 

Sebenarnya banyak lagi tanda-tanda kita suka pada seseorang nie cuma aku malaih nak taip so korang pikirlah sendiri!

Sekian.


10 comments:

Nur Zack said...

betul betullll

tapi korek hidong tu tak pernah pulak laa nampak .. *terbayang-bayang si dia korek hidong*

lalu depan kelas ? eeiiii , maluu , tak sukkaaa >_^

Mizz Aiza said...

setuju sangat.. hehe.. akak teringat zaman muda-muda dulu..

Cik S :) said...

hehe. lawaknye gaye korek idung. dulu2 suke la usha2 mamat hensem :D

Ahmad Afandi said...

Sepertinya ini pengalaman pribadi ya... :D

Arol Mubin said...

Yang nombor 5 tue memang betul! Rasanya ramai yang pernah buat macam tue. Arol pun pernah buat dan selalu teman kawan buat. Hahaha! :D

Korek hidung tue tak boleh blah! Kahkahkah! :DD

el said...

alahh iols dah kawin beranak pinak
xterasa pun nak wat semua ni
kang buat kang dicop mak budak blur haha

S.K.A said...

he3 ni msa mula2 bercinta mmg mcm ni la..pas2 ntah kemana da..

Aida Ismail said...

Haha~ setuju dengan semua point. :D Masa mula2 jatuh cinta memang camtu. Ngee~

Aimi Farhana said...

kelakar gila!! hahha

izzatihasyimah said...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....