22 November 2014

Lebih Rela Orang Panggil Bodoh!

Assalamualaikum.

Sebenarnya haku nie kurang idea nak hupdate apa tapi memandangkan haku ada sesuatu yang ingin di luahkan kepada rakan rakan blogger so haku pun segera capai laptop di bawah katil. Haa nampak? Jangan contohi sikap ini, simpan laptop bawah katil. Nanti bila cik tikus gigit baru lah nak meraung. Eh jap cik tikus tokak laptop? Wahh tak sangka haku cik tikus sekarang dan bergigi besi (braces) 
Well zaman serba moden kan? hahahaha

Tolong jangan cakap yang hengko tak pernah langsung duduk peperiksaan. Mak aii pak aii tok aii poyo nya rasa bila menggunakan perkataan 'peperiksaan'. Exam cukup. lols. 
Kalau mention je bab exam tak akan pernah lari dengan kes meniru? Betul tak?


Hmm haku ingatkan zaman sekolah je perangai menyetan nie berleluasa. Rupanya perangai setan tu ada yang masih bawa ke alam universiti. Sumpah cakap memang menyirap haku tengok orang duk meniru time exam nie. Muka yang sama pulak tu. So nak dijadikan cerita kedudukan aku dalam exam hall agak ke belakang sebab ikut number matriks so haku mampu meng-observe makhluk- makhluk di hadapan. 

Menyirap bhai tengok diaorang duk meniru. Kalau tanya orang sebelah pun di kira meniru jugak kan? Tah apa - apa je perangai. Markah nak tinggi. Pointer nak gempak tapi belajar taknak. Last last ambil jalan mudah tiru kawan. Kesian doh mak bapak hengko bayar yuran semata mata nak tengok hengko berjaya dengan hasil meniru. (deep tak?) kahkahkahkah. 

Hengko tahu tak dengan hasil hengko meniru tu nanti bila dah kerja jadi tak berkat? Tak guna weh dapat pointer tinggi tapi bukan dengan hasil usaha sendiri. Haku lebih rela orang panggil bodoh daripada meniru! Orang tak hormat weh orang macam hengko - hengko nie. 
Dan ini secara langsung tak adil bagi orang lain. Bagi haku memang tak adil. Bawa bawa lah bertaubat. Tinggal tinggalkan lah perangai setan masa sekolah dulu. Sekarang dah zaman universiti kot. Tak kan nak meniru dalam exam lagi? Sampai bila?? 

Nak dapat pointer/ markah gempak kena study. Bukan meniru !
Hengko kena ingat meniru dalam exam tu pun dah kira berdosa tau. CCTV besar duk ada, duk tengok ja. Kalau hengko terlepas hari nie tak mustahil esok lusa kau selamat lagi. Renung renungkan lah ye.

End.


16 November 2014

Dasar Menumpang!

Assalamualaikum.

Haa nie haku nak buat luahan hati yang tersimpan sejak semalam. Geram pulak haku dengan satu makhluk nie. Dah la datang menumpang dekat 'tempat' haku. Memalukan haku pulak tu. Heyy tolong lah sedar diri sikit. Kalau dah menumpang tu buat la cara menumpang. Kira bagus aku tak mintak sewa. Mohon jangan duk angkut geng pulak. Hengko 'sorang' pun dah buat aku serabut tau tak! Eeee rasa nak picit biar kau lenyap dari muka bumi nie. 

"Amboii marah kemain."

"Rileks ahh jerawat je kot"

"Jerawat nie musuh no. 1 tau tak!"


Hahhahaha gimik je lebih haku nie. Saja nak buat drama sikit. Kot kot ada mana mana pengarah ternampak entry haku nie terus nak haku berlakon ganti Nora Danish ke? (mimpi la hengko)

Well siapa je suka dengan cik jerawat nie? Cuba korang citer kat haku. Takda satu pun hamba Allah yang suka kepada cik jerawat nie. Suka sangat mendampingi muka muka kiut macam haku. Ingat boleh lah jadi sahabat baik? hahh?  Haihh nasib baik seketul je naik kat dahi. Seketul pun sakit dia kemain. Nak nak pulak time solat tengah sujud tadi. Perghhh terbaik baq hangg! 

Tapi biasalah lah naik jerawat seketul dua. Satgi kalau flawless sangat orang duk mai tanya rahsia kecantikkan pulak. Jenuh nak menjawab soalan soalan peminat. So biarlah begini, hehe.

End.



11 November 2014

Hak Berlaman Sosial.

Assalamualaikum.

Sedang tenet tengah laju aku pun membuka hotspot dan menyambungkan ke laptop dengan harapan aku dapat hupdate belog di petang yang sunyi dan di sapa dengan bunyi berus-an member yang tengah gigih memberus baju. 

Ahhh malas aku bermadah pujangga lagi. Hengko ingat tak penat ke nak pikir ayat yang paling kreatif yang sampai kan bila korang baca belog haku bulu ketiak korang turut menari kerana kegelian. Jadah apa yang aku duk merapu merapik nie. Eh wait ! this is my belog so i have right to write ikut suka hati haku. Kau nak baca kau baca. Tak nak baca pergi hengko mereput sana. 

Nampak? Inilah yang di namakan hak berlaman sosial. Okay okay okay punchline dah masuk, hihihi. 


Well kalau zaman IT pakar ekonomi nie kalau hengko takda segala macam jenis akaun laman sosial hengko memang tak up to date. Paling koman pun ada satu akaun pesbuk. So far haku cuma ada satu akaun facebook, twitter, instagram dan belog yang saban hari makin jarang di hupdate. 

Selalu tak hengko nampak ada mahkluk yang akan update atau tweet something ayat ayat clisher yang sounds like "Eh, twitter aku, suka hati aku nak tweet apa pun!" "Facebook nie aku punya, so kau kisah apa aku nak update apa pun"dan ayat ayat yang sewaktu dengan nya. 

Tak di nafikan kita punyai 2908765432109% hak ke atas mana mana akaun laman sosial milik pribadi memasing. But could you have a bit sense of sensetivity espeacially as a Malaysian, and maybe as a Muslim. Kalau setakat gambo pakwe hengko cium ketiak hengko tak perlu lah nak tunjuk, show off sangat dekat public. Biarlah menjadi rahsia dalam kelambu hengko orang saja. 

Dari segi apa yang haku nampak, pengguna pengguna laman sosial kini lebih suka show off something that they shouldnt. I just dont get this clear. Yelah instagram hengko, hengko boleh upload apa saja jenis gambar tapi as i told before please have a bit sense of sensetivity. Bagi yang perempuan pulak, tak usah lah di tayang apa yang tak sepatutnya di tayang. Nak nak pulak kita tu orang Melayu, orang Islam. Yang paling sadis sudah lah hengko tayang yang berpanau, berkurap, berdaki, hmm. 

Lagi satu, berjaga jaga lah dan berpikir panjang sebelum hengko nak update, tweet sesuatu. Ramai para hakim yang ajet ajet kat luar sana tu. 

End.