16 June 2014

Kawan.

Assalamualaikum.

Hmm kalau ditanya siapa yang orang penting dalam hidup aku selain mak bapak dan family. Aku akan jawab kawan!

Tapi zaman sekarang nie, kau boleh dapat beribu ribu kawan. Tapi nak dapat kawan yang setia dengan kita amat lah payah. 

Dalam dunia sekarang nie kau akan kenal siapa kawan kau bila :

1.Bila kau dalam kesusahan.
Dalam situasi nie baru kau kenal siapa kawan, siapa lawan kau. Tak ramai kawan yang akan ada dengan kita bila kita tengah susah. Selalunya akan nampak batang hidung diorang bila kita tengah senang ja. Kawan time senang memang belambak, kawan time susah, bagai mencari kutu dekat bulu kaki. Terlampau lah payah!

2. Bila kau tengah 'papa kedana'.
Bila time time terdesak nie, kau dengan kawan bagai main sorok sorok. Jangan cakap bantang hidung, bulu hidung pun belum tentu nampak time macam nie. Yelahh, nanak pulak korang tu kaki meminjam memang lintang pukang kawan kau lari nyorok disebalik pokok. 

3. Bila kau gagal dalam sesuatu perkara.
Hmm bagi aku jarang lah nak jumpa kawan yang lari bila kita gagal dalam sesuatu perkara. Tak kiralah time gagal dalam exam mahupun gagal memikat mak guard dekat kolej. Tahu sebab apa time nie diorang tak hilang dan selalu ada disisi kau? Sebab diorang tengah tunggu masa yang sesuai nak gelakkan atas kegagalan korang. Eh? Hmm ada ka manusia macam nie? Maybe ada tapi dalam diam mungkin. Mintak simpang lah dapat kawan yang macam nie. 

Act banyak lagi jenis jenis kawan atas muka bumi nie. Cuma kita kena bijak memilih kawan. Biarlah berkawan yang mampu bawa kita ke arah kebaikan. Dan bukan nya menjahanamkan kita yang sedia nak jahanam nie. Mintak simpang lahh noh, hihi.


p/s: Maaf atas keterlanjuran kata tapi disebalik kata terselit kebenaran. Renung renungkan :)



14 June 2014

Lalang.

Assalamualaikum.
Hello weekend !

Tengah lepak dalam bilik dengan roommate sambil layan lagu 'Tepi Sikit by Sleeq ft Joe Flizzow'. This is one of my favourite song. Kalau korang hayati lirik lagu tu korang akan faham. Dan aku tertarik dengan lirik "Ku cuba ada pendirian sikit tak boleh ke?" 

So apa kena mengena dengan tajuk entry aku kali nie? 'Lalang'? Senang cerita aku just nak share pasal orang yang berperangai seperti lalang ataupun nak lebih faham orang yang tak ada pendirian ! 

Maybe apa yang aku nak share dalam entry nie tak berapa nak sama dengan maksud sebenar lirik lagu tu tapi it is all about pendirian ! Well said, aku memang menyampah dengan orang tak ada pendirian nie. Bila dengan orang tu kau 'kipas' dia. Bila dengan aku kau 'kipas' aku. Hahahahaha memang sampah orang yang berperangai macam nie. 

Cubalah ada pendirian sikit! 

Jenis aku senang ja. Kau tak suka aku, kau pikir aku suka kau? Sorry to say lah bro. Two words. 'GI MAMPOS!' 

Last say, hidup nie kena ada pendirian. Jangan sampai orang pijak kepala kita dan jangan suka memijak sesama sendiri. Ada paham? 



11 June 2014

Mulut,

Assalamualaikum.

Mulut. Inilah aset yang Allah SWT kurniakan tapi paling manusia tak pandai nak jaga. Kenapa? Kalau bab mengata orang dialah juara. Kalau bab perang mulut dia takmau kalah. Ya! Kau punya hak untuk bersuara, punya hak untuk berkata apa saja. Tapi ingat jangan sampai menguris perasaan orang lain. 

"Lidah memang tak bertulang tapi bila ia berbicara ia mampu menguris perasaan sesiapa sahaja" So berhati hati lah sebelum berkata kata. Thats why Allah create our brain first then mouth so that we can think before we want to talk something. 

Nak nak pula bila bercakap dengan orang yang lebih dewasa. Tak kiralah kalau beza setahun dua pun. Yang tua tetap kena hormat. Tak semestinya kau ketua orang kena ikut telunjuk kau ja. Kalau kau buat salah, tak layak kah kami orang dibawah menegur? Ingat, pokok tak boleh hidup sendiri. Mesti ada akar akar yang tolong 'support' dari bawah. 

Nak orang hormat kita, belajar hormat orang dulu. 




8 June 2014

Sundate.

Assalamualaikum.

To be honest memang aku tak mengikuti langsung perkembangan dekat blog. Tapi tak bermakna aku dah lupa pada dunia blog nie.
Maaf sebab dah jarang sangat biar blog nie kosong tanpa entry entry baru (kau bajet ada orang singgah, baca blog kau yang tak seberapa nie)

Hahahaha well thats not an issue act.
Okay lah. Malas nak cerita intro yang mungkin memakan masa selama 3 hari 3 malam untuk habis korang menelaah so aku just straight cerita pasal kejadiaan yang berlaku pada hari ini.

8 Jun 2014 bersamaan hari Ahad yang sepatutnya aku dah berambus balik Nilai tapi delay satu hari sesuka ayam jantan belakang rumah jiran aku buat cuti sendiri, kahkahkah.
So hari nie seperti yang dijadualkan aku bersama encik botak tercinta keluar ngedate, pewiiiitt. Macam biasa, tempat wajib dilawati adalah Quessbay Mall. Sampai ja, pusing pusing jap cari tempat untuk makan then pergi tengok wayang. Cerita hantu siam versi kelako. Not bad lah. Jalan cerita dia lebih kurang macam Pee Mak. Tu pun kalau korang pernah tengok cerita Pee Mak tu.

...................................................................................................................................................................

Ada satu tempat nie memang aku teringin sangat nak pergi. So si boyprengg dah pun memenuhi hajat aku dengan membawa aku ke tempat tersebut. Nak tahu ke mana kita orang pergi? jengg jengg jengg













Haaa inilah Street Art. Kat Penang ja ada benda nie, hihi.
Actually banyak lagi lukisan lukisan yang cantik yang aku tak peluang nak bergambar bersama. Yelahh nama pun weekend kan? So orang pun ramai. Nak ambik gambar pun kena tunggu turn. 

Tempat nie agak luas so kalau korang pergi aku suggest kan korang sewa ja basikal. Tak delah rasa letih sangat. Murah ja. RM 10 satu basikal. Memang seronok sangat nak nak pulak kayuh basikal dengan buah hati. Acah acah sweet gitu, kahkahkah. Tapi kita orang pergi tak lama pun. Pergi pun dah petang sangat. Hmm maybe nanti boleh pergi lagi? 

p/s: Besok balik kolej semula. hashtag malasnakmampos !