7 November 2013

Review Highland Tower.

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo. Jakku jakku niga saengagna *tetiba*
Bhahaha. Eh kowang kowang kowang kowang *tetiba terpelat huruf 'R' pulak* Semalam kan itew gi tengok wayang. Ya Allah. Macam gedik je, macam gedik je tulis cengitu, kahkahkah. Okayy enough, intro yang agak melalut -.-'

Haa nie aku nak cerita ceriti dekat korang pasal semalam. Setelah sekian lamanya aku tak tengok wayang sejak sejak sambung study nie, akhirnya semalam dapat jugak lepaskan gian. 'Highland Tower'? Ehemm ehemm dengan bangganya nak mengaku yang aku tak pernah tahu pun pasal Highland Tower nie, sedihh kan? Lepas tengok movie nie baru aku tahu sedikit pasal Highland Tower nie. 

Okay, 3.20 pm start 3.20 pm jugak lahh baru masuk wayang. Kawan aku sembang tiket pukul 3.30 pm. Buatnya dia cakap start 5.30 pm tak ke rasa nak kunyah semua kerusi dalam wayang tu. Samdul punya kawan. Nak marah pun tak sampai hati sebab orang yang belanja tengok wayang, hihi. 

Dah masuk dalam wayang, aku dapat tempat duduk sebelah couple. Untunglah tengok cerita hantu dengan boyprenggg. Untung untung si boyprengg kena peluk, haktuihhh. Dari cerita tu mula sampai habis, tangan asyik dekat muka ja, takut, bak kata kawan sebelah. Aku steady ja, kahkah. Tapi time menjerit aku join sekaki. 

Bagi aku cerita Highland Tower nie tak adalah seram mana, cuma dia banyak elemen berunsur suspen yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit terutamanya sakit jantung, gugur pundi kencing, dan sakit tekak sebab banyak menjerit. Dia punya nervous dan suspen untuk tunggu scene seterusnya mak aihhh, kalah nervous masa nak ambik espiem (SPM) dulu. 

Couple sebelah aku tu jangan cakaplah, haihh berbulu ja mata dan telinga aku nie melihat dan mendengarnya. Melihat si awek yang ketakutan dalam dakapan si pakwe. Manakala si pakwe pula cuba tunjuk lagak sebagai lelaki yang tak gentar akan sebarang jenis hantu dan jembalang membuatkan aku rasa macam nak kasi penampo je, macam menyampah je aku nengoknyaa. 

Tapi cerita nie masih meninggalkan tanda tanya dalam kepala hotak aku nie. Ada orang cakap cerita tu kisah benar. Well i guess its might be true dan mungkin diorang cuma berlakon balik. Tapi scene yang ada hantu, si pelakon perempuan kena rasuk tu aku tak pasti ia cuma lakonan atau betul betul kejadian. Errr haihhh meremang bulu roma aku bila tulis pasal benda nie, kenapa ehh? Tetiba rasa lain macam. Sumpah tak tipu! Haaa tetiba aku teringat, ce korang tengok dekat youtube. Ada orang kena rasuk dalam pawagam masa tonton cerita Highland Tower nie. Nak tahu betul ke tak tengok lahh sendiri ye? Aku dah tengok, hihi.

Sebelum bulu roma aku lebih tegak berdiri baik aku stop dulu. Kalau korang nak rasa bulu roma korang berdiri terpacak macam aku sekarang nie, ce try tengok cerita Highland Tower di pawagam berhampiran.


Sekian.

4 November 2013

Masanya Akan Tiba.

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo. Hi hello. Agak lama aku tak update blog kan? Well sekarang nie agak busy dengan study. So takda masa sangat nak update blog. Kalau update pun ada ke yang nak membacanya? haha. Actually aku tak ada idea nak update pasal apa, tapi aku tak nak blog nie nampak macam kosong, sunyi je.
Aku baru ja lepas baca the latest entry dekat blog akak Irene Nadia pasal Baby Medina. Kalau korang nak tahu lebih lanjut just click dekat link yang tertulis 'Baby Medina' tu :)

Seronok sebenarnya baca blog akak Irene nie. Aku mengikuti perkembangan blog beliau dari dia single, menjadi tunangan orang, sampai lah dah kahwin dan sekarang yang sudah pun bergelar ibu kepada Fiska Medina. 

Bila tengok video yang beliau dan suami record khas buat Medina, tetiba rasa macam "Alahaiii, tak sabarnya nak kahwin. Tak sabarnya nak dapat baby girl yang secomel itu" bhahahhaa gatal pulak aku nie. Well itu lumrah sebagai manusia. Ingin dicintai, ingin berkahwin, ingin punya anak-anak dan family yang happy together here after kan? But the problem is, im just sweet 18. Maybe its to early for me, hahahaha. Eh tapi sekarang nie dah terlalu ramai orang kahwin muda nak-nak pulak umur sebaya aku nie.

For the truth is im already ready to get marry but im not yet ready to take responsible as wife either mother! Bukan senang nak menggalas tanggungjawab sebagai isteri sebenarnya. Budak mentah macam aku yang baru nak kenal dunia nie memang banyak sangat benda yang perlu aku belajar. Tapi tak kisah lahh bila pun aku akan berkahwin. Yang penting aku just nak tamatkan study aku, dapat kerja bagus-bagus, beli kereta, rumah besar, tolong mak pak aku, adik-adik aku baru pikir pasal kahwin! Hmm baguskan aku nie? *usap kepala sendiri* hahaha

Ramai remaja yang seusia aku tak kurang juga yang masih bersekolah tu, yang mak pak masih belikan seluar dalam tu pun dah pandai berpakwe, makwe bagai. Aku yang dah nak masuk 19, tahun depan nie pun belum ada calon. haha. Yeahh sometime tak dinafikan memang bosan, cemburu tengok orang lain ada pakwe, boleh keluar dating. tapi aku cuma nak jaga hati dan perasaan daripada disakiti oleh orang-orang yang tak sepatutnya. Tak da couple, tak sakit hati, betul tak? Haha tak payah nak rindu-rindu bagai. 

Tapi sapa-sapa yang rasa dia single tu jom add saya kat fb : Asyiffa Aida (sempat lagi promote) bhahaha!


"Dia tak perlu kaya. Dia tak perlu kacak. Cukup sekadar menjadi teman kala suka dan duka. Sentiasa menghiburkan hati kala lara. Mampu buat aku tertawa. Semoga Yang Esa menemukan aku dengan 'dia' suatu hari nanti. Aminn"

Sekian :)