22 November 2014

Lebih Rela Orang Panggil Bodoh!

Assalamualaikum.

Sebenarnya haku nie kurang idea nak hupdate apa tapi memandangkan haku ada sesuatu yang ingin di luahkan kepada rakan rakan blogger so haku pun segera capai laptop di bawah katil. Haa nampak? Jangan contohi sikap ini, simpan laptop bawah katil. Nanti bila cik tikus gigit baru lah nak meraung. Eh jap cik tikus tokak laptop? Wahh tak sangka haku cik tikus sekarang dan bergigi besi (braces) 
Well zaman serba moden kan? hahahaha

Tolong jangan cakap yang hengko tak pernah langsung duduk peperiksaan. Mak aii pak aii tok aii poyo nya rasa bila menggunakan perkataan 'peperiksaan'. Exam cukup. lols. 
Kalau mention je bab exam tak akan pernah lari dengan kes meniru? Betul tak?


Hmm haku ingatkan zaman sekolah je perangai menyetan nie berleluasa. Rupanya perangai setan tu ada yang masih bawa ke alam universiti. Sumpah cakap memang menyirap haku tengok orang duk meniru time exam nie. Muka yang sama pulak tu. So nak dijadikan cerita kedudukan aku dalam exam hall agak ke belakang sebab ikut number matriks so haku mampu meng-observe makhluk- makhluk di hadapan. 

Menyirap bhai tengok diaorang duk meniru. Kalau tanya orang sebelah pun di kira meniru jugak kan? Tah apa - apa je perangai. Markah nak tinggi. Pointer nak gempak tapi belajar taknak. Last last ambil jalan mudah tiru kawan. Kesian doh mak bapak hengko bayar yuran semata mata nak tengok hengko berjaya dengan hasil meniru. (deep tak?) kahkahkahkah. 

Hengko tahu tak dengan hasil hengko meniru tu nanti bila dah kerja jadi tak berkat? Tak guna weh dapat pointer tinggi tapi bukan dengan hasil usaha sendiri. Haku lebih rela orang panggil bodoh daripada meniru! Orang tak hormat weh orang macam hengko - hengko nie. 
Dan ini secara langsung tak adil bagi orang lain. Bagi haku memang tak adil. Bawa bawa lah bertaubat. Tinggal tinggalkan lah perangai setan masa sekolah dulu. Sekarang dah zaman universiti kot. Tak kan nak meniru dalam exam lagi? Sampai bila?? 

Nak dapat pointer/ markah gempak kena study. Bukan meniru !
Hengko kena ingat meniru dalam exam tu pun dah kira berdosa tau. CCTV besar duk ada, duk tengok ja. Kalau hengko terlepas hari nie tak mustahil esok lusa kau selamat lagi. Renung renungkan lah ye.

End.


3 comments:

Unknown said...

eh kita geng lah.. simpan laptop bawah katil. hehehehe.

zaman matriks, zaman uni dulu kalau org sebelah depan tepi nak meniru pun mmg takkan perasan.. khusyuk pandang kertas. tapi jawabnya kelaut jugak. hehe

Farisha said...

kann? budak sebelah saya pun meniru jugak.. siap bawak masuk kertas lagi, walaupun sekolah je. tapi, still meniru. ade gak arr rasa nak meniru tu. tapi, tak pernah laa. sebab ingat balik. tiru sekarang, tak jadi pape tak pe. kang nanti kalau exam besar tak leh tiru kan merana tu T_T.

heeee. sory, menyebuk kat sini . heeee :D

aswadz said...

biasa la tu. at least mesti ada sorang dua yg meniru. trend ni zaman aku pun dah ada.