7 February 2014

Finally.

Assalamualaikum gojes gojes semua.

Ya Allah, dah lama gila aku menghilang dari alam blog nie kan? Bukan apa, sibuk sikit sejak sejak pegang tittle sebagai student nurse yang tercomel sekali di Asia Tenggara nie. Perghh! Perasan tu tak nak kalah kau jahh. Aku sendiri yang taip, tapi aku sendiri pulak yang naik menyampah bila baca balik, haha.

Bila dah jarang jarang hupdate blog nie, semangat dia dah tak membara macam mula mula blogging dulu. Dulu, kalau boleh sehari 8, 9 kali aku nak hupdate blog. Eksaited terlebih, jakun pun ada sebenarnya. 
Well, study aku macam biasa. Sekarang nie dah lebih kurang 7 bulan aku bergelar KPJUCian. Dan aku pun dah merasa pengalaman bekerja dekat hospital. Kalau dulu kat kolej, cuma mampu bermain dengan patung ja yang tak reti nak cakap "Saya sakit nurse" "saya rasa nak mati nurse" haha. 

Tapi dah mula buat clinical posting hari tu, ive found that nurse profession was a bit adventure and have a lot of risks. Of course lah kan sebab kau bermain dengan nyawa orang. Tapi nie bidang yang aku sendiri pilih so aku kena habiskan juga sampai dapat pegang segulung ijazah nanti dan kemudian dapat tittle 'STATE REGISTED NURSE'. 

Setelah hampir sebulan lebih aku merantau ke Kuala Lumpur akhirnya dapat aku pulang ke negeri kelahiran, negeri kebanggaan aku, Pulau Pinang. Haria penang haria. Ehh malam nie Penang lawan Uitm fc kalau tak silap dekat Stadium Bandaraya. *tetiba* Haha
Tu tak cukup membuat aku teruja. Ada lagi yang lebih membuat aku eksaited tahap cipan. Wuhuuu keluar ngedate dengan cinta hati. Dah lama duk tunggu, berbakul-bakul rindu. 

Such a memorable day.


Kalau nak cerita kisah pengenalan kami nie memang panjang. Usia percintaan nie masih awal tapi aku kenal si encik cinta nie dah lama, since aku darjah enam, dari darjah enam aku suka kamu, laalalalala, haha. Tapi kita orang berjumpa balik sewaktu di tingkatan enam. Tapi masa tu bapak sombong mamat nie. Tengok aku serupa tak kenai, padahal dulu pi tuisyen sekali, meyampah! *hentak kaki*

Bila ditanya kenapa tak tegur masa kat sekolah dulu, "awak lahh kena tegur saya dulu" ada ka patut macam tu? Nak je aku cabut telinga dia letak pastu gam kuat kuat kat tapak kaki *macam tak logik ja, haha* Tapi tak kisah lah. Janji aku dah dapat hang dan hati hang wahai encik cinta! Pakej! Kalau ada yang tak puas hati, menyampah melihat kebahagiaan kami nie mohon benam kepala dalam tanah ye? Haha. 

Walaupun baru jumpa semalam tapi rindu tu duk bertambah tambah pulak. Yelahh, inilah yang dinamakan bila bercinta tu semuanya indah belaka, kentut pun dia kata perfume, gila betoi. Apa apa pun aku dah cinta mati dengan hang weyy. Aku harap hubungan kita nie sampai bila bila lahh nohh. Umur pun dah meningkat, pemikiran pun dah semakin matang, so dah takda istilah nak main main. Semua kena serius ja sekarang nie. Korang pun doa doakan lahh yang terbaik untuk kami berdua. Yang paling penting, kami dah dapat pun restu daripada ibubapa kedua dua pihak :)

Thank you.



3 comments:

Nini Hanini said...

Semoga kekal ke jinjang pelamin,hehe~

Ainaa Aqilah said...

Wahh seronok ye :)

Am_Mir said...

haha .. nice entry kak!
Semoga kekal ke jinjang pelamin hingga ke Jannah :)