7 November 2013

Review Highland Tower.

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo. Jakku jakku niga saengagna *tetiba*
Bhahaha. Eh kowang kowang kowang kowang *tetiba terpelat huruf 'R' pulak* Semalam kan itew gi tengok wayang. Ya Allah. Macam gedik je, macam gedik je tulis cengitu, kahkahkah. Okayy enough, intro yang agak melalut -.-'

Haa nie aku nak cerita ceriti dekat korang pasal semalam. Setelah sekian lamanya aku tak tengok wayang sejak sejak sambung study nie, akhirnya semalam dapat jugak lepaskan gian. 'Highland Tower'? Ehemm ehemm dengan bangganya nak mengaku yang aku tak pernah tahu pun pasal Highland Tower nie, sedihh kan? Lepas tengok movie nie baru aku tahu sedikit pasal Highland Tower nie. 

Okay, 3.20 pm start 3.20 pm jugak lahh baru masuk wayang. Kawan aku sembang tiket pukul 3.30 pm. Buatnya dia cakap start 5.30 pm tak ke rasa nak kunyah semua kerusi dalam wayang tu. Samdul punya kawan. Nak marah pun tak sampai hati sebab orang yang belanja tengok wayang, hihi. 

Dah masuk dalam wayang, aku dapat tempat duduk sebelah couple. Untunglah tengok cerita hantu dengan boyprenggg. Untung untung si boyprengg kena peluk, haktuihhh. Dari cerita tu mula sampai habis, tangan asyik dekat muka ja, takut, bak kata kawan sebelah. Aku steady ja, kahkah. Tapi time menjerit aku join sekaki. 

Bagi aku cerita Highland Tower nie tak adalah seram mana, cuma dia banyak elemen berunsur suspen yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit terutamanya sakit jantung, gugur pundi kencing, dan sakit tekak sebab banyak menjerit. Dia punya nervous dan suspen untuk tunggu scene seterusnya mak aihhh, kalah nervous masa nak ambik espiem (SPM) dulu. 

Couple sebelah aku tu jangan cakaplah, haihh berbulu ja mata dan telinga aku nie melihat dan mendengarnya. Melihat si awek yang ketakutan dalam dakapan si pakwe. Manakala si pakwe pula cuba tunjuk lagak sebagai lelaki yang tak gentar akan sebarang jenis hantu dan jembalang membuatkan aku rasa macam nak kasi penampo je, macam menyampah je aku nengoknyaa. 

Tapi cerita nie masih meninggalkan tanda tanya dalam kepala hotak aku nie. Ada orang cakap cerita tu kisah benar. Well i guess its might be true dan mungkin diorang cuma berlakon balik. Tapi scene yang ada hantu, si pelakon perempuan kena rasuk tu aku tak pasti ia cuma lakonan atau betul betul kejadian. Errr haihhh meremang bulu roma aku bila tulis pasal benda nie, kenapa ehh? Tetiba rasa lain macam. Sumpah tak tipu! Haaa tetiba aku teringat, ce korang tengok dekat youtube. Ada orang kena rasuk dalam pawagam masa tonton cerita Highland Tower nie. Nak tahu betul ke tak tengok lahh sendiri ye? Aku dah tengok, hihi.

Sebelum bulu roma aku lebih tegak berdiri baik aku stop dulu. Kalau korang nak rasa bulu roma korang berdiri terpacak macam aku sekarang nie, ce try tengok cerita Highland Tower di pawagam berhampiran.


Sekian.

8 comments:

DAYG ♥ said...

Weeee akak pun dah tengok! :DDD

Unknown said...

Wahh...wan blum tgk lagi. Mcm menarik jer nih. Leh pi tgk nnt nih.

Anonymous said...

teringin nak tgk, tpi bila akak kata ade org kena rasuk dlm cinema tu rasa macam.... hahaha mcm dahsyat je cerita tu. btw yg berlakon kena rasuk tu, org kata mmng dia kena rasuk betul2

Mizz Aiza said...

dah lama akak tak menonton wayang.. nak tengok cerita seram rasa seram juga la..

Unknown said...

Orang cakap cerita ni seram.. tapi akak pun x tengok lagi. Minggu ni blasah habislah, tgk cerita ni ngan thor skali. Balas dendam hehehe

YatieOwner said...

hehe. macam buat drama setempat pula couple belah awak tu kan aida? hihi. PG pun sama. couple (pompuan la) belah PG duduk pun, adoi memang rasa nak kena bagi sepakan bola minit terakhir je :D

Masni Syafie said...

nak tgk tapi takot lemah semangat plok...hihihhi

Fairuz Aqilah said...

dah tengok, baru selasa lepas. tak best lah 'cuz tak minat cerita hantu especially filem melayu. sabor je lah! dah macam tengok seekers pun ada. cari hantu and cari nahas namanya. haha.. i'm just giving out my opinion from my own point of view. harap takde sesiapa lah yang terasa ke apa. nak tengok just to have fun, better g tengok cerita lain je lah. :D