30 June 2013

5 Perkara Tentang Saya.

Assalamualaikum.

Selamat petang dan selamat berhujung minggu. Bagi adik-adik yang masih bersekolah tu, kasut dah kapur? homework dah siap? Baju dah iron? Maklumlah besok kan dah start sekolah, hihi (padan muka kena bangun awal)

Okay hari nie wa nak share dengan korang semua pasal diri wa. Sebenarnya banyak lagi. Nak tulis semua takut patah jari pula, hihi. Cuma wa nak share yang wa rasa perlu ja kot. Ramai orang ingat diorang dah kenal benar dengan diri kita tapi ternyata hampeh, habuk dan hempedu sahaja! Tak ada orang yang lebih kenal diri kita melainkan diri kita sendiri. Betul tak? (angguk tanda setuju)

1. Kuat makan
Okay. Kalau bab nie tak cerita pun orang dah tau kot. Wa memang suka dan kuat makan tapi badannya tak besar mana pun, hihi. Favorite food wa ialah laksa dan ayam. Perghh! Kalau dekat rumah wa menu ayam tu dah macam menu wajib ada. Nasib muka nie takda iras-iras ayam, haha.

2. Sensetif
Nahhh. Wa rasa soal nie bukan wa seorang ja kot. Mungkin ramai lagi yang punya sikap macam nie especially perempuan. kan? kan? Yelahh, perempuan nie walaupun luaran nampak kasar tapi dalaman, hati dia tu lembut bak gula-gula kapas. Cewahh! haha. Kira wa nie cepat terasa dan mudah berkecil hati. Silap cakap, habis lahh kau. Dan wa juga cepat mengalirkan air mata. Tak kisah lahh atas sebab apa (aneh)

3. Tak suka diarah/dikongkong
Ya! Wa paling tak suka orang duk mengarah-arah wa. Wa tahu apa yang patut dan tak patut wa buat. Huhh wa memang tak boleh hidup dengan orang yang suka mengarah. Dah suka mengarah, mulut pula bising, suka cakap besar. Perghh memang mintak makan berus jamban lah gamaknya. Dan lagi satu, wa tak suka dikongkong. Kalau kes-kes macam nie waktu bercouple dulu lahh. Haha belum jadi laki aku tapi lagak macam dah kahwin dengan aku 10 tahun yang nak kongkong bagai tu. memang tak ahh!

4. I love pink!
Okay. Nie memang sejak azali kot. Wa memang minat gila dengan warna pink. I dunno why. Mungkin sebab pink tu menampakkan keayuan dan kecomelan. wahh gitu, haha. Wa minat dan suka warna pink sampaikan pergi Tesco beli baldi pun harus warna pink, nampak? nampak? 

5. Imma kpopper
Haha mungkin lepas nie akan ada yang anti dengan wa sebab wa salah seorang kpopper's Malaysia. By the way, wa cuma nak tegaskan dekat sini, minat, suka dengan obses adalah perkara yang berbeza. Wa minat kpop tapi tidak sampai tahap kritikal, fanatik gila-gila tu. Wa cuma ada satu album original kumpulan Boyfriend dan majalah Epop edisi Mac hingga Jun. Yang Julai coming soon, muahehe. Then, biasalah kalau ada lagu kpop dalam phone kan? Kumpulan idol yang wa minat ialah CNBlue, Boyfriend, Ft Island (Hongki comel okayy) SHINee, MBlaq. Lepas tu kalau reality show wa suka Hello Baby, and of coz Runningman! Drama-drama korea pun wa suka. Weheee

Hmmm okay. Lenguh dah jari menaip. Cukup lah tu 5 fakta tentang diri wa. Nanti wa rajin wa tambah lagi. Tu pun kalau rajin lahh, hihi.

Thank you.


6 comments:

Student Kecik said...

kuat makan n sensetif tu sama >.< hihi kasut tak basuh pun ;p malas orgnyer. ngeh2

Unknown said...

samaa laa.. xcept yg no.5 tu.. hihihi..

Kisah Si Dairy said...

next entry boleh tambah lagi fakta tu..salam kenal

Unknown said...

kpop?alahhh ni yg malas niii...huhu

Anonymous said...

pink lover , teringat kt bestfriend, suka sgt kt pink smpaikan pen , buku beg semua pink. hahaha

Aida Ismail said...

Seriously, semua point sama macam akak. They are sooo me! :)