14 October 2012

Setiap Orang Pernah Di Kecewakan

Assalamualaikum.

Hi people. Dah nak tengah hari, masih ada yang tak bangun tidur lagi ke? haishh. Tak remaja langsung bangun lambat- lambat, kan? kan? kan? Okay, based on tajuk entry Aida yang agak panjang tu apa yang korang rasa Aida nak cerita? Siapa teka dengan betul dapat choki- choki, haha. "Tak payah nak berteka teki sangat lahh Aida oii" sampuk Mak Jemah tetiba. Ewahh gelojoh pulak Mak Jemah nie, tak pernah makan berus jamban kot, haha.


Well, siapa yang tak pernah bercinta. Even budak darjah 6 sekarang pun dah pandai bercinta bagai. Cuma yang membezakan cinta tu ialah cinta monyet, cinta unta, cinta tenuk atau cinta sejati. Dan setiap kali itulah setiap orang pernah merasa di kecewakan oleh pasangan masing-masing, setuju? 

Last Aida couple bulan Mac lalu. Means dah almost 8 months menjanda. Well janda bukan sebarang janda okay, janda berhias nyah, haha. Kau hado? Lelaki kejap ja nak dapat penganti, perempuan maybe take time untuk pulihkan kepercayaan dia dekat lelaki. 

Serious talk, Aida ada suka dekat someone, yeahh kita orang dah pernah meet. Hati Aida tak pernah terbuka untuk sesiapa until i met him. Tapi rasanya Aida macam bertepuk sebelah tangan ja kot. *gesek violin* Well, as a woman we must know, bila seseorang lelaki layan kita dengan baik tak semesti nya dia suka kita. Maybe dia just ambil berat pasal kita sebab dia anggap kita sebagai kawan baik. Tapi biasa lahh perempuan, selalu salah tafsir kebaikan lelaki tersebut. *cakap dengan cermin*

So kawan- kawan, kalau kita di kecewakan oleh pasangan sekali pun kita jangan lah sampai buat perkara bodoh sampai toreh tangan, terjun bangunan, terjun jambatan. Mostly perempuan lahh yang suka sangat buat kerja 'barbie' macam nie. Ingat, Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar yang kita layak untuk dapat someone yang lebih baik. 

Bagi yang masih belum SPM macam akak nie, ewahh klass kau nyah, just concentrate on your study first. Nanti bila kau dah masuk universiti kau boleh pilih macam pilih ikan dekat pasar, belambak! 
Jangan hancurkan masa depan sebab cinta. Note that.

Thank you.




No comments: