29 March 2016

Haters Neraka / Stalker Bebal

Assalamualaikum.

Ehemmm ehemmm tajuk macam fans Azwan Ali gituuuu. Haaaa Haters? Stalker?

Dalam dunia nie kita kena tahu yang tak semua orang suka kan kita. Dan tak semua orang kita suka. Lumrah. Lagi adat lah kalau hidup tu tak ada sifat iri hati, dengki mendengki, busuk hati dekat orang lain.

Hidup aku ada prinsip. Kalau aku tak kacau hidup kau, kau jangan kacau hidup aku. Tapi ada juga certain makhluk entah datang dari alam mana yang sikap tu nak aje cari pasal dengan orang. Dah la mengata orang sana sini, memburukkan nama orang pastu nak berlakon macam dia pulak mangsa. Padahal dia tu lah musibat lahanat paling celaka. Pernah jumpa pesen gini?? hahaha pesen makhluk gini dah menghantui hidup aku nak dekat 3 tahun beb!

dan lagi satu, kalau korang nak tahu sebenarnya dalam diam ada je pesen manusia yang tengah stalk korang. Apa korang buat semua dia nak ambik tahu. Apa korang buat dia nak buat. Apa korang ada pun dia nak ada. Sampai pakwe korang pun kalau boleh dia nak jugak. Gila kan? hahaha.
Kalau korang pun kena macam aku, korang sepatutnya berbangga sebab mempunyai stalker se setia nie. Bukan senang nak ada orang yang sangat sangat ambik berat dan prihatin pasal life korang.

Apa eh nak label manusia pesen gini? Sakit jiwa? Sakit otak? atau kurang kasih sayang? Atau mungkin life kita lebih interesting dari dia sebab tu sibuk sangat nak ambik tahu hal hidup orang. Lifelesssssss gituuuuuuu!

Apa apa pun sentiasa lah berjaga jaga kerana hidup anda sentiasa di perhatikan. jengg jenggg jenggg

bye.


*gambar nie nak bagitahu walaupun ada orang sedang membenci dalam diam, ada yang sedang menyayangi secara terang :) kihkih

29 April 2015

I miss you, bae.

Assalamualaikum.

Sambil berlatar belakangkan lagu Potret by Akim and The Majistret (mahkamah apa tak pasti). Pendek kata ambil mood sikit nak update blog. Kalau panjang kata tak tahu pulak macam mana.

Aku nie boleh dikatakan anak perantau. Belajar kat tempat orang. And kalau time praktikal lagi musibat. Merata kolej campak aku. Baru baru nie kat KPJ Kajang. So hai orang Kajang!! *lambai laju laju. 
Makna kata sekali sekala la aku dapat balik rumah kat utagha nie. So taksah kalau balik tak keluar ngedate. Tu bahasa planet Pluto. Kalau bahasa Melayu keluar bercengkerama, Kalau bahasa omputih dating. Cuba bayangkan berbulan bulan duk pendam rinduuu?????? Kau cuba lah ada long relationship macam hakak nie. Seksa deknons oiii.

So semalam Selasa dan hari nie, Rabu, dua hari berturut turut keluar dating. Nampak macam pulun kan? Memang kena pulun sebab besok hakak dah kena tinggal. Encik bae kena pi kem ATM pulak. Menyampah sungguh. Tapi dalam terpaksa ku relakan. Minat dia macam tu,, nak buat macam mana. Ikutkan jelahh. 


Korang yang baca entry nie jangan nak muntah pelangi. Muntah anak tekak. Muntah bulu kaki bagai. Please la bagi chance sikit dekat hakak nak bersweet sweet. Nie waktu tengah bahagia. Boleh la main cium cium ketiak bagai. Cuba la time tengah bergaduh. Haa malas nak cakap. Nauzubillah seram. hahahahaha hakak nie garang tau macam kucing Parsi. (yeke? macam tipu je) 

Kalau korang kaki stalker, jom stalk ig hakak @edsyifaa.my