26 March 2014

Aku. Dia. Kami

Assalamualaikum.

Hmmm herghh huarghhh dah puas aku pikir tajuk yang sesuai untuk entry kali nie nak lah kasi yang gempak kebabooom sikit tapi entah lah, idea tak mari pulak choii.

25/3/2014
Tarikh yang memberi seribu satu erti buat aku. Wehuuu finally setelah 3 hari dekat Penang, ehh sehari ja, lagi dua hari tak kira sebab kena balik kampung dekat Perthlis, huhh! Dapat juga jumpa cinta hati, gula gula kapas aku nie. Well bagi korang "alahh setakat pergi date je pun" kau apa tau? Kau lain, aku lain. Aku sebulan sekali nak jumpa, nak ngedate pun belum tentu tau. Seorang kat utagha seorang dekat Selatan, menyeksakan kau tahu tak? 

Macam biasa lah, kalau keluar mesti dia bawa gi jalan jalan belah island. Tempat persinggahan kitaorang yang pertama ialah di Quessbay. Dek kerana perut berkeroncong seperti irama lagu havoc, havoc, havoc kan gua dah cakap gua havoc, si encik cinta terus heret aku pergi lunch dekat Johnny's. Johnny's je pun. 



Suka sangat si boyprengg nie tangkap gambar curi curi. Nasib tengah comel, kahkahakah. Look! Betapa seriusnya muka aku apabila mengadap makanan. By the way, thanks Muhammad Izzul Safwan sebab belanja tuan puteri hang nie menjamu selera. muahh setempek :*

Bila perut dah kenyang, hati pun senang baru lahh boleh buat aktiviti aktiviti yang lain, contohnya seperti tengok wayang. Haha aktiviti wajib para couple semalaysia, puiii. 
Cinta ajak tengok Need For Speed, walaupun sebenarnya dia dah tengok pun cerita tu. Entah apa la yang best sangat. Aku tak berapa nak menghayati sebab ada masanya aku jadikan bahu dia sebagai bantal. Tidur. See? Im not really interested to watch that kind of movie lols. 

Bila aku terjaga, aku kacau cinta yang tengah kusyuk duk menghayati jalan cerita movie tu. Aku tutup mata dia dengan tangan. Seribu kali dia tepis seribu kali aku tutup, kahkahkah. I know. Im look so childish right? But dont you think its quiet cute actually, fuhhh! haha. Oleh sebab dia dah fed up so dia tarik kepala aku lentok dekat bahu dia, then cakap "tidur! kacau orang ja nak tengok. tengah fokus nie" emm lebih kurang lahh. Mana lahh aku nak ingat apa yang seketul seketul dia cakap. ngehngeh

Habis je wayang kteorang gerak ke tepi laut. Im not really sure dekat mana, tapi tempat tu juat on the way nak naik ke Jambatan Kedua Pulau Pinang. Tepi tepi jalan tu ada port port cantik untuk lepak, berphotoshoot dan sebagainya. 

So kteorang lepak jap kat situ. Kejap je dapat lepak dekat situ sebab masa tu pun dah petang, then dia cakap dia nak bawa aku naik jambatan kedua tu jauh, nanti sampai rumah lambat. Memang betul wehh, jambatan kedua lebih jauh daripada jambatan pertama. Jakun sat sebab tu pertama kali aku merasa naik jambatan tu walaupun dah lama rasmi -..-' 

Dah lepak tempat cantik tak lengkap kalau tak berselfie, muahehe, 






Okay this is we call outfit of the day or #OOTD. tah pape je guna hashtag tu, haha. Im wearing palazo but cinta cakap aku pakai kain sekolah! Kau pikir lawak ke hahh? Bab menganjing aku, kau number satu, buekk! Apa apa pun wa sayang sama lu apek! Thanks bawa wa jalan jalan, makan, tengok wayang. Hope to meet you again. I love you Muhammad Izzul Safwan :)

Thank you.


No comments: