5 August 2013

Persiapan Raya.

Assalamualaikum.

Hi hi hi evelibadi. Macam mana persiapan raya korang? Dah habis shopping? Ke belum start beli apa-apa lagi? Kalau persiapan raya aku, so-so ja sebab aku lebihkan persiapan nak sambung study lepas raya nie. Tak lama lah lagi. Kalau mengikut ilmu falak yang aku belajar dulu, ada lebih kurang 12 hari lagi nak gerak ke Nilai, Negeri Sembilan. 

Hujung minggu lah peluang yang digunakan untuk shopping! Time-time macam nie penuh manusia dekat mall tu. Bab shopping memang best tapi time nak membayar, alahaiii barisnya panjang macam highway plus tu. Hari Sabtu shopping dekat Aeon Jusco, aku cuma dapat jam tangan saja!! Mak aku bagi baucher RM100 aku habiskan dekat jam saja, haha. Semalam pulak shopping dekat Tesco sebab nak beli barang-barang aku nak pergi Nilai nanti. Dari ke pinggan, mangkuk, baldi sampai ke berus gigi semua aku beli kaler pink, hihi. Nampak ke-addict-an aku pada kaler pink. 

Hari nie bebudak dah start cuti sekolah. Kemain lagi adik-adik aku 'menyetan' dekat rumah nie. haihh! Makin meningkat dewasa, cehhh dewasa lahh sangat, aku rasa makin lama makin tak best, tak da feel nak raya. Kenapa eh? Maybe sebab duit raya bakal berkurangan? Haaaa, ini yang pelik. Sepatutnya umur macam aku lah kena dapat duit raya lebih. Bebudak mana boleh pegang duit raya banyak-banyak. Setakat nak beli cekelat tu, alahh apelah sangat. 

Seperti tahun sebelum-sebelumnya kuih raya mesti 'kuih tunjuk-tunjuk'. Takda masa lahh nak buat, mak aku pulak keja. Khamis dah nak raya, Rabu baru cuti -..-' So bab-bab mengemas rumah aku dengan adik-adik aku yang annoying tu lah kena buat. Tapi aku taktau nak kemas apa, haha. Mood rajin belum sampai. 

Btw shopping tu tak salah, tapi jangan sampai membazir. Membazir itu amalan syaitonirojim. Haa nak ke jadi saudara syaitonirojim? Nak? Nak? Kalau tak nak berpada-padalah anda ketika bershopping. Pesanan Kementerian Kesihatan.

motip letak gambar nie? -..-' saja nak menambah seri entry kali nie. puiii

Sekian.

p/s: Tolong aku click hencik nuffnang! Nak duit raya :'(



1 comment:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.