1 August 2013

Ini Kisah Aku

Assalamualaikum.

Okay, entry ini terhasil disebabkan aku tak dapat tido semalam gara-gara tab aku jahanam. So saja godek-godek 'magic box' aku kot-kot terjumpa resit dia, boleh nak pi repair kan. Alih-alih benda lain yang aku jumpa. Nostalgia sungguh. Amaran keras! Entry ini tidak sesuai dibaca oleh orang-orang yang menghidap sakit lemah semangat, sakit jantung, wayar putus mahupun ibu-ibu mengandung. Sebelum tu aku nak pesan, entry kali nie mungkin agak panjang ye? Mohon sediakan tilam, bantal dekat depan komputer/lappy tu, hihi.

Dah ini belog aku, mestilah aku nak cerita pasal kisah hidup aku. Tak kan nak cerita pasal nenek tiri, adik angkat ayah sebelah bini kau pulak kan? Al kisah, tersebut lahh kisah, toib! Kisah nie bermula dari aku tadika. Kalau nak cerita dari aku kecik memang tak mampu lahh, sebab otak kita mula menyimpan memori sewaktu umur 5 tahun. 

Aku mula bersekolah di Taski Abim Taman Pauh waktu 5 dan 6 tahun. Memandangkan tadika tu dekat ja dengan umah aku, kentut pun boleh bau. So aku dan dua lagi sepupu yang sebaya aku, Liyana dan Ezzat pergi ke tadika dengan 'merempit' menaiki basikal masing-masing. Waktu aku dulu, uniform baju kurung berwarna hijau. Oleh sebab dulu aku tinggal dekat Kulim, Kedah so pepagi buta lagi mak pak aku dah 'transit' aku dekat rumah tok aku. Bila petang, lepas diorang balik kerja baru diorang 'kutip' aku dan adik-adik balik rumah. Macam tu lah rutin hidup aku sampai aku darjah 2 kalau tak silap.

Tapi dulu waktu kecik, aku tak duduk dengan tok aku. Sementara mak pak aku pegi kerja, aku dihantar ke rumah pengasuh yang tak jauh dari rumah tok aku. Mak jaga aku dari aku baby sampai aku 4 tahun mungkin sebab 5 tahun aku dah masuk sekolah. Macam tu juga dengan adik-adik aku. Bila cuti sekolah mesti aku pergi tido dekat rumah dia. Family mak dah macam family aku. Anak-anak dia dah macam adik beradik aku, Kak Fatin dan Haikal. Tapi, tahun lepas kami semua telah dikejutkan dengan berita kehilangan beliau. Sewaktu dia sakit, aku sempat jenguk dia dekat hospital. Tapi Allah lebih sayangkan arwah, dia pergi tinggalkan kami di usia 40 tahun. (Al Fatihah). Haihh sebak pula cerita pasal nie. Itu baru mak mengasuh aku, kalau ibu kandung aku, tak tahu lahh macam mana. 

Dah! Takmau sedih-sedih! So kita beransur pula ke cerita waktu aku sekolah rendah. Dari darjah satu sampai darjah 6 aku bersekolah di SK Jalan Baharu. Masa mula-mula nak masuk sekolah dulu, punya lahh eksaited. Aku tengok ada yang menangis takmau masuk kelas. Apa kepelik sangat diorang nie. Suruh pi sekolah pun nak nangis, tapi aku tak okay! Dengan 'mengheret' beg roda dan bertocang dua aku masuk ke kelas 1 Potensi. Waktu aku dulu kelas ada 5, Bestari, Cemerlang, Dinamik, Potensi dan Semarak. Aku ditempatkan di kelas Potensi, kelas keempat. Bukan sebab aku tak pandai, mungkin sebab daftar lambat, hihi.



Tu gambar masa aku darjah satu, haha. Ohh how miss my chilhood's hair. Lembut, lurus, halus bukan macam sekarang! Grrrrr. Aku tau, mesti korang nak cakap comel kan? Tahu dah, tak cakap pun aku tahu. Well inilah yang dinamakan bapak perasan. kahkahkah.


Nampak result exam aku masa darjah satu? haha. Walaupun masa darjah satu aku duduk kelas number 4, bila masuk darjah 2 aku berjaya ke kelas number 2 iaitu Cemerlang. Darjah 3 pun sama. Masuk darjah 4 aku dapat masuk kelas pertama beb, Bestari tapi tu pun sampai darjah 5 ja. darjah 6 aku turun kelas number 2 balik, kahkahkah. Aku ingat lagi, cikgu dah tetapkan orang yang periksa dapat number 1 hingga 24 ja boleh masuk kelas pertama. Tahu aku dapat number berapa? Number 25!! Tak ke rasa macam nak telan kerusi masa tu? Stress aku! haha. 

Tapi aku tak kisah sangat malahan aku lebih suka duduk kelas number 2 nie. Sebab setiap kali exam, number 2,3 memang aku pegang! haha. Aku ingat lagi, waktu exam mesti aku, Hazim dengan Amir akan berlumba-lumba nak dapat number 1. Tapi selalunya si Hazim nie yang menang. Disebabkan itu, bila Hari Anugerah Kecemerlangan aku boleh naik pentas ambik hadiah, tak ke bangga tu? Kalau aku duduk kelas pertama kan dah sah-sah aku tak da peluang, hihi. 


Semester 1 aku dapat number 2/38. Semester 2 aku dapat number 3/38. hihi *bangga sat* Waktu percubaan UPSR aku cuma dapat 3A 2B. Tapi Alhamdulillah waktu exam sebenar UPSR aku dapat 5A. Masuk surat khabar lagi you olls. Dah dapat result macam tu siapa yang paling happy? Mestilah mak pak aku. Oleh sebab result yang cemerlang, aku ditawarkan belajar di High School Bukit Mertajam. 

Aku bersekolah di High School Bukit Mertajam sejak aku form 1 sampai aku form 5. Ehh form 6 tapi dua minggu ja, haha. Bagi aku, zaman sekolah menengah lah zaman paling best, manis yang aku pernah lalui. HSBM nie bukan calang-calang orang boleh masuk. So siapa-siapa yang pernah jadi warga HSBM mohon bangga sekejap, hihi. Once is highschoolian, forever is highschoolian. Tapi sejujurnya aku tak lah pandai mana sangat pun kalau dibandingkan dengan budak-budak lain dekat HSBM tu.


Nie gambar kelas. Dari aku form 2 sampai form 4. Kalau bijaksana cuba cari yang mana satu aku, haha. Tapi sayang, gambar kelas form 5 aku tak ingat aku letak dekat mana. Sepanjang 5 tahun aku sekolah dekat situ, sekali ja aku pernah dapat guru kelas lelaki, Masa tu form 3. Sir Chan Kam Chun atau nama glamer dia CKC. Walaupun Sir CKC nie wayar putus tapi dalam kelas dia agak enjoy, dia ajar English. Haha memang senang nak dapat markah. Alhamdulillah, berkat kesungguhan guru-guru dan mak pak aku yang dah berhabis duit hantar aku pergi tuisyen aku berjaya dapat 7A 1B dalam PMR. B tu subjek Geografi yang diajar oleh Cikgu Zulkarnain iaitu, Penolong Kanan Kokorikulum HSBM. 

Lagi seorang cikgu yang tak mungkin aku lupa ialah Pn. Haslinda Ali atau kami panggil dia mama Linda. Dia cikgu kelas aku dari form 4 sampai form 5. Kesian dia, pening kepala dengan kerenah kami, bebudak 4,5 Fikrah Sains. Mama Linda ajar subjek Matematik, subjek yang aku tak suka sejak sekolah rendah lagi. Subjek yang aku suka, B.Melayu. Aku lebih suka menulis daripada kira-kira nie, boleh bersimpul wayar otak aku, haha. 

Walaupun waktu sekolah rendah dulu result aku semua gempak-gempak, tapi bila masuk sekolah menengah semua kelaut ja, haihh. Tambah-tambah subjek Mathematic, Add Math, dengan Physics. Inilah subjek yang susah sekali aku nak lulus, haha. Tapi result Maths aku sedikit meningkat sejak form 4 walaupun masa tu aku tak berapa minat sangat. Tapi bila dah hujung-hujung, dah nak dekat SPM baru aku sedar yang subjek Maths nie is the most simple subject in the world. Senang ja sebenarnya, rugi aku tak pulun dari dulu lagi. Siapa sangka, aku dapat A- dalam SPM untuk subjek Matematik. Ini pun dah satu kepuasan bagi aku. Walaupun aku tak dapat ulang kejayaan aku sewaktu UPSR dan PMR dulu untuk SPM aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada aku.

 Lukisan yang aku warna masa exam Pend. Seni Visual waktu form 1.

Kerja English waktu form 4. 

 Nota sejarah waktu form 4.

Plag yang aku dapat sebab berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

Koleksi majalah sekolah The Bukit dari tahun 2008 sampai 2012.

Ini yang dapat aku kongsi dalam entry kali nie. Jangan risau, entry nie bersambung. Kemungkinan akan ada lagi Kisah Hidup aku Part 2 pula, hihi. Aku pun dah penat menaip, korang pun mesti dah penat baca, nak tersembul keluar biji mata tu, haha. Kalau nak cerita pasal zaman sekolah memang tak akan habis. Sungguh banyak kenangan dan memori indah serta pahit yang tak mungkin aku lupa. Jadi, yang masih bersekolah tu, inilah peluang korang untuk mencipta pelbagai kenangan di zaman persekolahan.

Sekian.


6 comments:

Aida Ismail said...

Pehh panjang berjela. Tapi akak tetap baca sampai habis. Memang zaman sekolah la paling banyak kenangan. Tu tak masuk zaman u lagi. :D

Norcahaya Ali said...

hebatnya dia. aku dpt straight B je pmr 1 D, maths. hahahaha. skng masuk kelas seni. harap je seni bab melukis memang tak pandai

Mizz Aiza said...

best baca kenangan zaman sekolah aida.. tahniah pernah dapat plag pelajar cemerlang, memang hebat..

Pykaa Pdott said...

Perghh pnjangnye . Hbis jugak kita baca . Comel laa mse sis darjah stu . Suke tgk .

boni kacak said...

pergh.. otak jenis geliga ni.. terbaik lah :)

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.