6 August 2013

Nak Meniaga Ka Nak Menipu?

Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo. Walaupun cuaca kat luar tu redup-redup, sejuk ja. Tapi tak cukup untuk menyejukkan hati aku yang tengah terbakar membara yang tunggu masa ja nak rentung nie, haihhh. Macam nie lahh orang Melayu. Orang nak meniaga dia pun nak meniaga tapi tak tahu nak jaga hati customer, tak tahu nak jaga customer baik-baik.

Sebelum nie aku ada shopping atas talian, atau online melalui instagram. Memang sangat puas hati. Barang pun cepat sampai. Pastu yang saller dia pulak jujur. Balance parcel tu dia transfer balik masuk dalam account aku. Sebabkan first time aku shopping online takda masalah, aku decided shopping online lagi untuk kali kedua. Kali nie dekat orang lain pulak. Aku berminat dengan barang yang dia jual sebab murah. 

Masa aku order barang sampai lah aku dah bank in duit takda masalah pun. Tetiba kecoh dekat account instagram dia, yang mengatakan si penjual nie penipu! Duit orang banyak yang dia dah ambik, tapi barang tak sampai. Ada yang sampai, tapi lain daripada apa yang di order. Kau nie nak meniaga ka nak menipu? Bebulan puasa lagi mulia macam nie sanggup kau guna duit customer kau sebab nak pergi beli baju raya! Haiiihhh nak juga aku bogelkan dia nie. 

Khamis minggu lepas aku dah bank in. Cakap barang dah post hari Jumaat. Supposed barang dah sampai semalam. Memang bengang plus bangang aku duk menunggu barang nie haa. Udahla barang yang beli tu aku share dengan kawan aku. Kalau desperated sangat nak duit takpayah nak menipu macam nie. Kau pergi rompak bank sana! Nak mintak tracking number pun sampai kucing jantan jiran aku boleh mengandung beranak pinak. Dah dapat, tracking number pulak not found. Memang jadah sungguh si saller nie. 

Mula-mula cakap barang boleh sampai hari nie. Kalau tak sampai hari nie, besok. Kalau tak sampai jugak kena pergi ambik sendiri dekat poslaju. Kalau takda, barang sampai lepas raya. Habis raya nanti aku nak pakai apa? Daun pisang? Baju nenek kau? Apa punya manusia lahh dia nie. 

So beboys and gegurls before korang nak shopping online please make sure yang si tukang jual tu bukan kaki kencing, mahupun kaki bau tahi kucing. Survey dulu barang-barang yang dia jual, how the others customer's respone. Kalau semua okay, go on. Kalau rasa was-was tu tak payah beli. 
Haihhh terkona eden! >.<'

Sekian.


3 comments:

TeQah Khaire said...

Kita pun pernah terkena gak, balance xbg pun, even balance tu rm5 pun bagi jer lah kan. Ade tu blance die tukar dgn barang, tak suka lah macam tu. Suke2 jer nak tukar2 kot.

Makan riba kot sape yg buat mcm ni, xhalal

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

teruknya macam tu.. alhamdulillah akak tak pernah terkena lagi setakat ni.. sebelum akak confirm nak beli selalunya akak survey tengok dulu respon dari customer dia.. kalau banyak komen yang negatif terus cancel je..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.