23 August 2013

New Life.

Assalamualaikum.

Hi hi everyone. Lama aku tak update blog kan? Bagi menjawab tanda tanya korang, ke mana aku menghilang selama nie aku akan ceritakan pada entry kali nie. 

17 Ogos 2013 yang lalu, aku telah sah menjadi salah seorang student KPJ Healthcare University College (KPJUC) Nilai, Negeri Sembilan dalam jurusan nursing. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun sesat masa mula-mula nak pergi tu. Bila dah duduk jauh dari family, baru aku tahu susahnya hidup sebagai perantauan. 

Hostel aku macam apartment gitu. Dalam satu rumah ada 3 bilik. Semua housemate aku ada 10 orang termasuk aku. Semua nya datang dari pelbagai negeri, tempat, latar belakang yang berbeza. Ada dari Kepala Batas, Taiping, Ipoh, Kuantan, Selangor, Kuala Pilah, dan KL. Paling tak boleh blah roommate aku yang budak Kuantan tu cakap macam Terengganu. Habis satu bilik terikut loghat dia, haha. Yang budak KL duk cakap utagha, haha. Sumpah comel ja!

Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat housemate, roommate yang satu kepala. Semua otak sempoi baq hang. Tak banyak karenah, baik-baik belaka. And for sure, kita orang semua sangat rapat macam dah bertahun-tahun kenal.

Nie Aina Syazifa. Dia nie suka sangat buat lawak. Kami satu rumah memang terhibur dengan adanya diaaa, haha. 

Sebelum orientasi dekat audi, wajib ada sesi bergambar dulu, hihi.
(baju kuning : Mira) (tudung purple sebelah aku : Diyana) (tudung maroon : Fatin) (tudung purple : Zira) (baju kelabu : Hani) tapi tak semua ada dalam gambar nie.

Jalan-jalan di hostel baru selepas habis orientasi dengan senior-senior.

This entry supposed to be more longer, tapi aku tak da idea nak tulis apa, haha. Kbai.

p/s: Haaa lupa nak bagitahu aku dah balik Penang merentasi onak dan duri selama 8 jam menaiki bas. Tak pernah dibuat orang baru 6 hari sambung belajar dah balik rumah nak-nak pulak yang belajar jauh macam aku nie, haha.

Sekian.


5 comments:

Liza Razak said...

seronok kalau dapat housemate satu kepala ni :)

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Unknown said...

ummm , got wechat or something ? got tones of questions to ask about kpjuc nilai anf ofcourse nursing

Unknown said...

Hi, I want to ask whether do you need to undergo any interview to enter this college? Please reply. Thank you

Unknown said...

salam kak, saya ingin bertanya mengenai kualiti kpj universiti ni secara menyeluruh, dari pensyarah sehingga die punye management. Saya telah mendapat tahu bnyak masalah yang berlaku dan dihadapi oleh student disana, harap kak bleh tlg perjelaskan megenai isu2 ni... thank you