13 August 2013

Raya Rayaa Rayaaa

Assalamualaikum.

Well hi everyone. Macam mana raya korang? Meriah? Suam-suam kuku kambing? Tak best langsung? Haa lama jugak aku tak update belog nie kan? Maap. Otak aku beku sebab banyak sangat makan kuih raya. Bertambah beku sebab aku tertelan mercun pop-pop. K aku tipu, kekeke.

Bagi aku raya tahun nie macam tak berapa nak best. Salah satu penyebab sebab duit raya makin berkurangan. What the hell. Aku masih layak untuk dapat duit raya okeyyy? -.-' Tak nampak ke babyface gituuu. (belek muka dicermin sambil tersenyum bangga) Makin lama makin tak best nak sambut raya. Dulu kecik-kecik dapat pergi kutip duit raya. Sekarang? Tak kan nak pi kutip lagi kot? Buat orang halau dengan penyapu ja, haha. 

Sekarang nie nak beraya dengan kawan-kawan pun payah. Jangan kata nak beraya, nak jumpa pun dah susah. Haihhh rindunya zaman kanak-kanak dedulu. Yang tak tahu apa itu masalah, apa itu kehidupan, apa itu haters, apa itu cinta. Indah ja time bebudak dulu kan? 

Kenapa macam lari dari topik ja aku nie? Kemain tajuk Raya Rayaa Rayaaa tapi duk cerita pasal zaman bebudak dulu. "Hang sembang pa nie parpu? Hang duk merapu pa? Sembang macam keling sungguh!" kata Kak Ton. Rileks brader, brader rileks. Tak pa kot lari sikit ja, kalau rasa tak larat nak ligan, kita naik kapal selam. "Okay! Dia buat lawak, gelak sikit" hahahahaha!

Aku pun taktau apa aku duk merapu nie. Haha whateva lahh. By the way on the highway, seperti biasa, time raya ja mesti balik kampung. Kampung i dekat Perthlis (Perlis) you olls. Kau hadoo? Tak doo kan? hahaha. Tapi kejap ja balik sebab ayah aku ada kerja, kena balik Penang segera. (gumbira tak terkata) Tapi masa nak balik Penang atas highway tu jam. Perkara biasa! Kenapa tak masa kitaorang nak balik tu, orang lain sibuk main mercun ka, makan kuih raya dekat rumah ka, tengah menganyam ketupat ka, kan lenggang sikit highway tu. Tapi syukran jazillan sebab tak lama sangat tersangkut dalam traffic jam tu!




Kbai.

2 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tu dia.. panjang beratur kereta menghadap jam.. akak tahun ni beraya di perantauan.. hari2 jalan makan2 di rumah orang je.. ehe..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.