31 July 2013

Ubat gigi dan garam hilangkan bintik hitam.

Assalamualaikum.

Siapa suka apabila bintik hitam muncul kembali? Hendak hilangkannya cukup susah. Mungkin anda sudah buntu dengan pelbagai cara dan produk. 

Tahukah anda campuran ubat gigi dan garam dapat membantu menghilangkan bintik hitam? Cuba tips di bawah dan lihat sendiri hasilnya. 

1) Campurkan ubat gigi berpudina bersama sedikit garam dan sukatannya harus sama rata. 

2) Apabila ramuan sudah sebati, sapukannya di serata muka dan juga di tempat – tempat yang mempunyai bintik hitam. Elakkan menyapu terlalu rapat pada mata kerana kesan pudina membuatkan mata anda pedih. Selesai meratakan ramuan, biarkan selama 5 minit. 

3) Kemudian, urut wajah ada menggunakan dua jari dalam gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam. 

4) Akhir sekali, ambil air batu dan balutkan bersama tuala dan sapukan ke seluruh wajah terutama di hidung, ini bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka. 

Lakukannya seminggu sekali dan lihat perubahannya. Di samping itu, kulit anda akan berasa lebih lembut dan segar. 

Sumber : yahoo.

Aku pun ada masalah dengan bintik-bintik hitam yang datang bertempek tanpa diundang nie. Alahai, tak malu sungguh duk menumpang dekat hidung aku. Harap-harap cara nie berkesan sebab dah macam-macam aku buat untuk usir blackhead nie tapi dia dan sekufunya tetap tak mau pergi. Hmm so guys, selamat mencuba!

Sekian.


3 comments:

Aida Ismail said...

Mesti susah kan nak hilangkan blackhead ni? Nasib akak takde. =.=" Tak try pakai charcoal mask tu ke? Hehe selamat mencuba!

Sarah said...

Wuuuu, sy ade jugak blackhead kat atas idung. Hehe. Susah nak ilangkan dia. Nak try la tips ni. TQ!

NINA FARHANA said...

Terima kasih atas info..geram je tgk benda putih kt hidung ni aishhh ��

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1