23 October 2014

Bumi Dah Tua

Assalamualaikum.

Sebagai rakyat yang concern pasal perihal dunia, kini aku tampil dengan entry kali nie yang lebih drama dan tragis. 

Baru baru nie Malaysia digemparkan dengan berita "I want To Touch Dog". Tapi tak tahu la berapa ramai yang tahu dan concern pasal hal ini. Ada yang sokong dan ada pula yang sebaliknya. Malas berbahas dengan orang cetek ilmu dan suka buat buat pandai terhadap ilmu agama. Bila timbul soal ini muncul la segelintir masayarakat yang lagaknya seolah olah ustaz dan ustazah. Aku jua bukan seorang yang arif tentang bab agama jadi kita serahkan saja pada yang lebih arif.

"Di kelantan sekarang ni zohor masuk jam 12.55. Asar 4.15. Maghrib 6.58. Isya' 8.05. Dah macam duduk dekat Sabah Sarawak. Solat awal je rasa. Tu sebenarnya tanda bumi sedang bergerak laju. So betul lah kemungkinan matahari akan terbit dari sebelah Barat. Bagi orang NASA dan kafir mereka beranggapan ianya satu fenomena alam. Tapi bagi kita, bagi umat Islam ia adalah tanda besar KIAMAT!!!!!!!!!!"

Ada member share statement kat atas tu dekat group whatsapp. Memang benar kita tak tahu bila kiamat akan berlaku tapi kita wajib mempercayai bahawa kiamat akan berlaku. Sebelum nie pun aku ada tengok satu video yang dikongsikan oleh seorang kawan dalam group whatsapp jugak. Tentang hal ini. Di mana pihak NASA telah membuat kajian bahawa bumi kini berputar 20 batu sebulan dan kutub Utara telah condong ke Timur Laut. Maksudnya pada tahun 2015 matahari akan terbit sebelah Barat. Tapi itu hanya lah andaian mereka. Kita tak wajib percaya tapi kita sebagai umat Islam perlu lebih bersedia untuk hadapi kiamat. 


Cukup kah amalan kita? Cukup kah pahala kita? sudah cukupkah kita berbuat kebaikan. Tepuk dada tanya iman. Jika tanya pada aku sejujurnya aku belum bersedia. Rasanya terlalu banyak dosa aku. Tapi Allah SWT tu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Bertaubat lah kita sebelum terlambat.

Tanda tanda kiamat semakin banyak sekarang nie. Yang haram, dihalalkan. Yang salah dikata betul. Semoga dijauhi dari segala kejahatan. Amin :')

Sekian. thank you.



3 comments:

Siti Syilah said...

hi, nice entry :)

Cik Fafa said...

wallahu a'lam.

Geng NASA said...

assalamu'alaikum..

ya apa nak jadi dah zaman sekarang ni kan :(