6 July 2014

Orang Kita.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari nie dah masuk hari ketujuh umat Islam berpuasa. Amacam puasa korang? Best? Letih? Lapar? Dahaga? Biasalah lah tu, adat berpuasa. Kalau tak rasa semua tu tak nikmatlah berpuasa kan?

Anyway dah bercakap pasal bulan puasa nie, so baru hari nie aku berkesempatan berbuka puasa dengan family dekat rumah. Al maklumlah hidup di perantauan, jauh dari keluarga, nak balik selalu tu memang tak dapat lah. Aku balik nie pun sebab Isnin nie aku bakal berkhidmat di KPJ Ipoh Specialist Hospital. This is my third clinical posting, hihi.

So nak dijadikan cerita aku balik ke Penang dari Negeri Sembilan naik bas. Tapi naik dekat Pudu Sentral, KL. Habis exam dalam pukul 10 lebih so aku dengan housemate aku decided nak gerak dalam pukul 12.30 tengah hari sebab bas kita orang pukul 4 petang. 

Pusing punya pusing sampai lah dekat KTM Nilai. Nie lah pengangkutan yang amat berguna bagi aku kalau nak turun KL, hihi. Ingatkan hari Jumaat, tengah hari pulak tak ramai orang. Tak sangka pula sangkaan aku meleset. Kita orang terpaksa tunggu train kedua sebab train pertama yang sampai dah penuh. Dengan kesabaran yang tinggal secebis aku tunggu train kedua. Train dah semakin dekat dan tahap excited nak naik tu melonjak lonjak ke kepala hotak sebab aku berdiri di hadapan so peluang nak dapat masuk dalam train tu cerah tapi tapi tapi tapi ada dua manusia yang tak reti bahasa, tak bertimbang rasa, berhati busuk dengan selamba pintas depan aku. Masa tu aku macam "woi bodoh! dah la panas, tengah puasa, aku beratur lama kat sini, kau sedap sedap berdiri depan aku, &%$#@!#!!!!" 

Can you just imagine, kita orang dengan penat sebab bawa luggage yang besar, beg galas lagi kat atas, haihhh ya Allah haihh. 

Tu satu. Lagi satu cerita dalam train. Bayangkan dengan crowd, panas, berpeluh peluh nie hahh mesti kita nak duduk dalam keadaan yang sedikit tenang kan? Ada ja suara suara sumbang yang berkumandang. Kau nak bersembang dengan member sebelah je kot, perlu ke sembang sampai nak bagi satu gerabak train tu dengar. Dengan hilai tawa kalah pontianak. Ya Allah. Tolonglah hormat orang sikit. Pandang lah kiri kanan sebelum nak memekak tu!


Dah duduk dalam train mesti lah akan ada cerita keluar dari train kan? Tak kan lah pandai masuk, tak reti nak keluar keluar, hihi. Okay lah, aku paham, semua nya terkejar kejar nak masuk dalam train untuk cepat sampai ke destinasi tapi boleh tak bagi laluan untuk orang yang dalam train keluar dulu? Can you? Aku punya tahap geram sampai jerit "Excused me!!!!" haaa nampak? Kisah pula kan? Aku nak keluar so please do not block my way! 


(Yeahhh i know entry kali nie a bit longer but this is not enough yet, ada lagi okay! baca sampai habis, hahahaa)



Dah sampai ke Pudu Sentral dan akhirnya aku dan member aku selamat menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman tercinta, hahaa. So masa otw tak sah kalau bas macam nie pasang lagu, radio atau movie. Macam bas yang aku naik  nie aku syak driver dia peminat tegar hindustan dan dan dan dan dangdut!! maigad. Yelah yang minat dangdut nie selalunya orang tua. Bahasa sopan sikit warga emas. 

Kalau dah nama dangdut kau paham paham sendiri lah. Nak nak lagi dangdut indonesia. Bulan puasa pulak, memang menggugat iman sungguh. Ya Allah pakcik oi ! Sekarang nie bulan puasa, kau pasang lagu nasyid kan bagus. Apa kejadah nya tengok pompuan pompuan indon tu bergelek??? Geli tekak lah! hadoiii. 

Makin tua bukan makin nak sedar diri tapi............ dah malas nak cakap. Apa apa pun terima kasih kat pakcik tu sebab bawa dengan cermat dan aku selamat sampai dengan izinNya :)

So moral of the story is bila masyarakat kita nak ubah perangai perangai yang macam nie? Agaknya bila?????...............

3 comments:

♥ Miss Simple ♥ said...

xthu larh bila nak berubah ... ish3 .. hehehe :D

Azrin Rahim said...

nak ubah tu agak susah.. perlukan kesedrn sivik dripda mereka gak..

Cik Sweet Pea said...

paham bertapa seksa naik train...dulu hari2 berebut train nak balik umah kat rawang dari KL Sentral...just imagine dia punya crowded ngan bau....ahaa