27 September 2013

Put Your Own Tittle

Assalamualaikum.

Hi hi everyone. Much love to my loyal and beloved readers. How's ur day? Hari hari yang aku lalui sebagai nursing students aku lalui macam biasa. Nothing special. Sebenarnya, otak aku dah kekeringan idea untuk update belog, so hari nie aku rajinkan jugak jari-jari comel aku nie untuk update blog supaya tidak menampakkan belog nie tak lekang dek hujan tak lapuk dek panas. Kelassss kau jahh, berperibahasa bagai walaupun macam tak berapa nak masuk kan? hahahaha. 

Baru-baru nie aku kehilangan roommate aku. Dia telah pergi meninggalkan kami disini buat selama-lamanya sebab........................dia dah decided untuk berhenti daripada kolej nie, kuangggkuangggkuanggg. Haaaa suspen tak? gila tak. Dah nak tersembul jantung si Jahh tu membacanya, hahaa. 

Kita orang kat sini agak merasa kehilangan. Walaupun baru sebulan kita orang kenal tapi keakraban tu dah macam 10 tahun berkawan. Haaa dasyat tak? Gila tak dasyat kauuuu. Ain, kenapa kau berhenti awal sangat? Kita orang rindu gila nak dengar kau punya gelak yang mengalahkan pontianak belakang hostel nie, hhahaha. Apa-apa pun yang kau buat kat luar sana, i wish you all the best dan paling penting, jangan lupa kita orang kat sini :')

We will miss you Nurain Shuhada :')

Actually aku dah taktahu nak update apa, tapi saja nak share pasal someone yang dah berjaya curi perhatian aku dekat kolej nie, hihihi *senyum tersipu-sipu malu sambil korek hidung* cuba korang bayangkan aku buat cengitu, hahaha tobat geli doeee!

Tapi malas lahh nak cerita, kang ada pulak yang meng-stalk belog comel aku nie, hahahaha. Stop cerita pasal benda tu, aku nak cerita pasal kelas aku pulak. Kelas aku ada 54 orang tapi dah tinggal 53 orang. 50 perempuan dan 3 lelaki, sedih tak dengar? hahahaha so kita orang yang gegirls nie tak banyak choice, hahaha. Cuma mampu pandang jelahhh, kahkahakah takda lahhh. Semua cuma sekadar kawan. 

Disebabkan takda pilihan yang bermutu lagi berkualiti, aku pun usya-usya lahhh budak-budak farmasi, hihi. Nampak?Niat tu dah macam terpesong sikit, tapi inysaAllah tak akan terbabas dari tujuan asal aku datang sini. Alahhh bukan nak ngorat pun, cuma pandang-pandang sikit ja. hihi

Lecturer kitaorang untuk semester pertama nie semuanya di import khas dari luar negara you olls, kau mampu? Dari India lagi, kelassss kau jahhh -..-' So paham-paham jelahhh bila diorang bercakap macam mana, kalau tak paham kau kena buat-buat paham, hahaha. Selalunya bila kelas pagi kita orang ada kelas Anatomy and Physiology. Lebih kurang macam Biology yang korang belajar dekat sekolah tu. So okay lahh sikit sebab aku dah ada basic biology. Waktu petang nya ada kelas Basic Nursing. Belajar pasal menjadi seorang nurse yang holistik, dinamik dan kontinem! Nampak? Dah keluar bahasa yang melambangkan bangsa tu, hihi. 

Aku selalunya akan rasa nangtok bila kelas pagi. Entah kenapa. Tambah pulak dengan English dia yang ada campur Tamil sikit tu kan? lagi laaa, penambah rasa, makin bertambah-tambah mengantuk aku dibuatnya. Yang lawaknya bila lecturer kita orang bagi take 5, dengan sepantas kilat semua letak kepala atas meja, hahahahaha. Memang kelakar habis bila ingat balik!

Isnin lepas aku ada exam untuk Anatomy so rasanya boleh score lah kot,hopefully, insyaAllah. Aminnn. 4 hari bulan nanti pulak ada exam untuk Basic Nursing. Tak tahu lahh macam mana, test tadi pun dah terkial-kial aku menjawabnya, hahahahaha. Mudah-mudahan boleh menjawab hendaknyaaa. 

gambar yang tak berapa nak ada kena mengena, haha.

Hmmm dah senget otak aku sebab memikir nak update blog nie. Hmmm rasanya buat masa nie, yang nie jelahh kot yang dapat aku share dengan hampa semua. Nanti bila dah rajin lagi aku update lagi okayyy? tatata.

Sekian.


No comments: