30 July 2013

Assalamualaikum Bro, Tolong Jawab!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari nie dah masuk hari yang ke 21 seluruh umat Islam berpuasa. Sekejap je kan Ramadan nak tinggalkan kita. Jadi, bersempena dengan 10 Ramadan terakhir nie, moga-moga dapatlah kita bertemu dengan Lailatul Qadar. Jadi dalam masa 10 hari nie lahh kita kena berlumba-lumba beribadat kepada Allah. Pahala yang kita dapat akan berlipat kali ganda. 

Dalam bulan Ramadan nie jugak lahh banyak rancangan Islamik yang disiarkan di tv. Salah satu tv show yang menarik minat aku ialah 'Assalamualaikum Bro, Tolong Jawab!' yang dihoskan oleh Anwar Hadi dan Imam Muda Asyraf yang disiarkan di Astro Ria.


Rancangan nie disiarkan setiap hari Khamis jam 9.00 malam. Sebenarnya aku pun tak tahu, sebab aku tengok siang ja, hari isnin jam 5.30 petang. Mungkin siaran ulangan, haha.

Daripada korang duk melepak petang-petang tu, duk sibuk melayan kucing korang yang suka buat aksi kuak lentang seakan-akan ingin menggoda. Huhh dasar kucing murahan! Ada lebih baiknya korang layan rancangan-rancangan macam nie. Bukannya lama macam Al-Kuliyyah tu. Kejap je, 30 minit je pun tak kan tak boleh? 

Plus rancangan ABTJ nie adalah sebuah rancangan sesi soal jawab bersama Imam Muda Asyraf. Sebarang kemusykilan yang sebelum nie kita tak tahu, yang kita tak pasti, insyaAllah terjawab. Banyak juga info-info soal puasa yang aku dapat sejak tonton rancangan nie. Aku cuma berkongsi apa yang aku rasa patut, yang lain terpulang kepada diri sendiri.

Sekian.


4 comments:

Mizz Aiza said...

sekarang ni macam-macam rancangan di televisyen yang bermanfaat untuk kita tonton..

Mila Ahmad said...

Best jugak rancangan ni rancangan Hello Bro, tolong deco pun best !

afzalsukasuki said...

haah kengkadang layan gak kalau xde keje kat dapur tu..

keje kat dapur?keje la sangat kan padahal dibantai tido

Aida Ismail said...

Best best! Akak pun suka tengok ^^ tapi yang ulangan punya la. Hehe~