2 June 2013

Keliru.

2/6/2013
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang dah pun masuk bulan Jun. Tak berapa lama lagi ja nak puasa lepas tu raya. Yayy! (baling tepung) Tapi tapi tapi tapi bulan nie juga agak sedikit sedih buat wa. Sebab sebab sebab sebab, alahai banyak pula sebab nya. Nak kata gagap, tak. Mungkin sebab sebak kot, hihi. Maunya tak sebak, tak sedih, kawan-kawan wa semua nya dah pakat keluar dari Penang untuk sambung study dekat universiti.

Ada yang study dekat UITM Tapah, UITM Arau, UITM Pasir Gudang, UNISZA, Kolej Matrikulasi Selangor, Kolej Matrikulasi Kedah dan macam-macam tempat lagi. Sedih sebab kena berpisah dengan diorang dan sedih juga sebab wa tak dapat ikut jejak langkah diorang ke universiti, hmm.

Apakan daya, wa cuma mampu menempah tiket ke tingkatan 6 dalam jurusan pengajian perniagaan. Tapi tapi tapi, walaupun wa takda rezeki nak sambung study dekat IPTA, alhamdulillah wa dapat tawaran di KPTM Kota Bharu dalam jurusan Diploma Kejururawatan. KPTM nie IPTS tapi under MARA. Memang wa minat nursing sejak azali lagi. Bila rezeki dah depan mata, tak tahu nak buat pilihan. Patut ke wa stay je form 6 atau pergi buat dip nursing dekat KPTM? Arghh! Confused gila.

Surat dah pun sampai. Tarikh mendaftar 24 Jun 2013 nanti di Kota Bharu Kelantan. Kelantan kot! Penang dan Kelantan jauh kot. Berat juga hati nak pergi tapi teringin. Wa teringin nak hidup jauh dari family, hidup berdikari. Sekarang nie wa dah 70 % rasa macam nak pergi dan 30 % nak stay Penang. Tapi, bila dipikirkan bila lagi wa nak cuba hidup seorang diri dekat tempat orang. Kena berani cuba sesesuatu kan? kan? Hmm korang bantu lahh wa nie! Pening kepala lahh pikir pasal nie sampai tidur pun terganggu tau! Tolongggggg.

Thank you.



1 comment:

Anonymous said...

Magnifiсent site. Lotѕ of useful info here.
I am sending it to some friends ans aԁditionаlly
sharing in delicious. And of course, thanks to your effort!


Looκ into my web ѕite :: ferngesteuerter helikopter