28 June 2013

Dihujani Beban. Dilitupi Masalah.

28/6/2013.
Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua. Sekarang nie negara kita dilanda jerebu yang agak teruk ekoran pembakaran terbuka di Riau. Tapi Alhamdulillah sejak belakangan nie hujan turun membasahi bumi. Kuranglah sikit jerebu tu. So korang semua dinasihatkan banyakkan minum air dan kalau boleh kurangkan aktiviti dekat luar tu. 

Tengok tajuk entry wa hari nie pun dah macam rare gitu, haha. Lately wa jarang nak update blog sebab tak ada idea sangat. Banyak perkara yang wa duk pikir. Bukan pikir pasal apa sangat, pikir pasal nak sambung study ja pun. Wa adalah antara manusia yang tak berjaya nak menjejakkan kaki ke IPTA. *tutup muka*
Walaupun bergelar bekas pelajar HIGH SCHOOL BUKIT MERTAJAM tapi itu tak bererti wa nie hebat, sekolah tu mungkin, haha. Wa dapat masuk sekolah tu sebab dulu masa wa UPSR wa dapat 5A. Pastu PMR wa dapat 7A. Tapi kenapa result SPM wa macam grr, malaih nak cakap. 

Tapi nak buat macam mana kan? Allah dah atur perjalanan hidup wa macam nie. Berjaya dan gagalnya seseorang itu kerana banyak atau sikitnya usaha seseorang itu. Walau bagaimana pun, sebagai rakyat Malaysia kita nie sebenarnya beruntung sebab terdapat banyak IPTS yang disediakan untuk kita sambung belajar. Kalau tak pun institut kemahiran dibawah kerajaan. Banyak peluang sebenarnya. Nak dengan tak nak ja. Tapi mungkin bagi yang kurang berkemampuan tak dapat nak sambung study dekat IPTS. Maklumlah yurang pengajian saja pun dah berpuluh-puluh ribu. Kalau jurusan medical science, health care, nursing, pharmacy, fisioterapi and etc lagi la mahal. 

Oleh sebab wa tak dapat tawaran dekat mana-mana IPTA, jadi wa ada beberapa pilihan IPTS untuk sambung study wa. Dulu KPTM Kota Bharu. Lepas tu Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional Perlis. Lat wa dapat tawaran dekat KPJUC Nilai dalam jurusan diploma nursing. Dan baru semalam wa terima lagi surat tawaran dari Island College Of Technology, diploma farmasi. ICT nie nie dekat tapi wa tak berapa minat farmasi. Wa lebih cenderung nak buat nursing. Kalau ikutkan memang wa nak pergi KPJUC tu ja tapi ada sedikit masalah. Tapi tadi mak wa call. Dia cakap dia dah call pihak KPJUC. Dengar tu macam takda apa-apa masalah dah la. Takpa la kita tunggu dan lihat ja macam mana nanti.

Pikir pasal nie saja buat wa tak dapat tidur, tapi makan lalu. haha. Kalau korang dekat tempat wa, agak-agak apa korang buat.

Yang buntu,
Wa.

Thank you.


1 comment:

Sarah Mohd Saleh said...

Akak bsabar jer, baik tggu kat kpjuc tuu, nt insyallah bole keje terus kat kpj tu :)