17 May 2013

Sedikit Kecewa.

Assalamualaikum.

Seperti yang semua sedia maklum bahawa keputusan UPU 2013/2014 lepasan SPM 2012 telah diumumkan pada hari ini. Ramai yang dapat, so tahniah. Dan ramai jugak yang tak dapat, so kita geng. Haha. 
Walaupun wa tak berapa berharap sangat dengan kelulusan cuma 2A dalam SPM tahun lepas, tapi wa berasa sedikit kecewa sebab tak terpilih ke mana-mana IPTA. Setiap orang mesti menanam cita-cita untuk sambung pelajaran ke universiti kan? Tapi, sudah ditentukan wa cuma dapat sambung belajar hingga ke tingkatan 6 sahaja. Say Alhamdulillah.

Bagi yang tak berjaya tu tak payah frust tertonggeng, berguling sepeti orang mintak penyepak. Jangan risau, second intake kan ada. Tapi kalau ditakdirkan second intake pun tak berjaya, mohon buka landang anggur dari sekarang, hihi. 

Ramai jugak kawan wa yang tak dapat mana-mana tawaran walaupun result diorang quiet okay daripada wa. Macam pelik pula. Walaupun wa tak dapat tapi at least wa dapat sambung belajar dekat tingkatan 6. Tingkatan 6 pun okay what. Kalau result okay tahun depan dah dapat sambung degree lebih awal daripada orang yang buat diploma. Actually tak teruk sangat pun form 6 nie. Cuma kelemahannya ialah, terikat dengan peraturan sekolah, kena pergi sekolah, kena pakai baju sekolah, kena bangun awal. Itu ja. 

By the way, congrates kepada sesiapa yang terpilih tu. Dah dapat peluang macam nie jangan sia-siakan. Korang adalah pelajar yang terpilih. Dan ingat, walau dimana pun kita menuntut ilmu jangan pernah lupa asal usul kita.


Thank you.



3 comments:

Cik Miela said...

Insyaallah ada peluang nanti. Mungkin bukan rezeki. Yang penting kena ada semangat untuk terus belajar

Fairuz Aqilah said...

takpe, insyaAllah nanti ada rezeki dapat juga sambung belajar ke uni. masuk form 6 pun ok, nanti sambung terus buat degree.. :)

Lancaster Permit Application said...

Thanks for the ppost