10 May 2013

Hein! Im back :)

Assalamualaikum.


Annyeonghaseyo! Hi, Hello ! Rasa dah lama sangat wa tak hupdate blog nie. Dulu busy dengan kerja. Sekarang busy sambung study pulak. Alahh, sambung study ke tingkatan 6 ja pun dekat sekolah lama wa yang tercinta, High School Bukit Mertajam.

8 Mei 2013 - Pendaftaran. Nothing special happen.
9 Mei 2013 - Ada taklimat tentang jurusan yang bakal dipilih. Jurusan yang ditawarkan dekat High School                      Bukit Mertajam ialah akaun, pengajian perniagaan, dan sastera. Agak boring tapi sedikit membantu.
10 Mei 2013 - Hari nie senior upper six ada buat icebreaking. Kira macam sesi perkenalan lahh. Boleh tahan. 

Isnin minggu depan, kami semua akan dibahagi ke kelas masing-masing mengikut jurusan yang telah dipilih. So jurusan pilihan wa ialah pengajian perniagaan. Semua sekali ada 5 subjek. Bahasa Melayu, MUET, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan subjek wajib Pengajian Am. Semua subjek nie memerlukan pembacaan yang banyak. 

Actually, wa tak berhasrat pun nak kekal dekat form 6 nie. Susah wa cakap lu! Masa taklimat jurusan pun dah nak menangis wa dibuatnya. Pening nak pilih yang mana. Tapi kalau dah ditakdirkan wa terpaksa stay di tingkatan 6, redha jelahh. Yang penting study smart not study hard. Apa-apa pun not bad lahh sambung tingkatan 6 nie. Just setapak je lagi nak ke universiti. So korang-korang semua tak perlu pandang rendah pada orang yang sambung study ke tingkatan 6 nie. Sama level ja dengan matrikulasi. Tingkatan 6 sekarang pun dah guna sistem semester. Lagi 'apak' susah dari sistem sebelum nie. So, lepas nie tak boleh banyak main, kena 'pulun' habis-habisan. Doakan kejayaan wa di Pra-Universiti nie ye kawan-kawan? :')


Thank you.



No comments: