29 April 2015

I miss you, bae.

Assalamualaikum.

Sambil berlatar belakangkan lagu Potret by Akim and The Majistret (mahkamah apa tak pasti). Pendek kata ambil mood sikit nak update blog. Kalau panjang kata tak tahu pulak macam mana.

Aku nie boleh dikatakan anak perantau. Belajar kat tempat orang. And kalau time praktikal lagi musibat. Merata kolej campak aku. Baru baru nie kat KPJ Kajang. So hai orang Kajang!! *lambai laju laju. 
Makna kata sekali sekala la aku dapat balik rumah kat utagha nie. So taksah kalau balik tak keluar ngedate. Tu bahasa planet Pluto. Kalau bahasa Melayu keluar bercengkerama, Kalau bahasa omputih dating. Cuba bayangkan berbulan bulan duk pendam rinduuu?????? Kau cuba lah ada long relationship macam hakak nie. Seksa deknons oiii.

So semalam Selasa dan hari nie, Rabu, dua hari berturut turut keluar dating. Nampak macam pulun kan? Memang kena pulun sebab besok hakak dah kena tinggal. Encik bae kena pi kem ATM pulak. Menyampah sungguh. Tapi dalam terpaksa ku relakan. Minat dia macam tu,, nak buat macam mana. Ikutkan jelahh. 


Korang yang baca entry nie jangan nak muntah pelangi. Muntah anak tekak. Muntah bulu kaki bagai. Please la bagi chance sikit dekat hakak nak bersweet sweet. Nie waktu tengah bahagia. Boleh la main cium cium ketiak bagai. Cuba la time tengah bergaduh. Haa malas nak cakap. Nauzubillah seram. hahahahaha hakak nie garang tau macam kucing Parsi. (yeke? macam tipu je) 

Kalau korang kaki stalker, jom stalk ig hakak @edsyifaa.my 


27 April 2015

Beauty Without Brain.

Assalamualaikum.

Bangun je pagi benda yang wajib aku buat ialah capai handphone dulu. Kadang2 mata pun tak sempat buka lagi, dah mengagau cari phone. So apa aku buat ialah on twitter. And i saw many people tweeting about Mawar Rashid. Since yesterday hokay!! Sebenarnya malas nak ambil tahu tapi dah korang sibuk sangat duk bash MR dekat twitter aku pun sibuk la mencari, buat research sikit. Ohh pasal GST rupanya.

Korang bash Mawar teruk teruk sebab GST?? Kemon lah. Budak baru 20 tahun. And aku sebaya dia aku pun tak berapa tahu sangat pasal GST nie. Yelahh kalau tak suka bash orang bukan Malaysian lah nama dia. Siapa kata Malaysia nie aman? Tak akan aman selagi wujud nye manusia manusia macam nie. Sedangkan Pak Najib pun korang boleh kutuk apatah lagi setakat budak mentah pasal GST nie.

Tak kan lah sebab dia tak tahu apa itu maksud GST korang terus judge dia 'beauty without brain' ??? Okay lah i have to addmited that the way she talked, the way she responed to the questioned macam gedik semacam, macam cover ayu but lantak dia lah, Cakap interview pasal Dewi Remaja, but siapa expect reporter tu nak tanya pasal GST!!!

Aku bukan dipihak sesiapa. And aku buat entry nie bukan sebab im a fan of MR. oh tidak sama sekali !! Cuma nak bagitahu dekat hakak hakak dengan abang abang yang duk comment menunjuk bakat membash orang dekat public tu mohon hentikan lah. Bawa bertaubat. Yang dah berkahwin buat cara dah kahwin. Dah cukup matang kan? Buat pa nak ambil port hal budak2? Rileks ah, dia tak tahu pasal GST je pun. Bukan dia kacau laki kau yang kau nak bising lebih lebih. Macam sakai je lah aku tengok. 


Nak tegur orang kena ada adab. Dah la korang ceroboh instagram dia. korang kutuk dia. korang bash dia macam besar sangat dosa dia kat korang kan? Aku sebenarnya tak kesian kat Mawar, tapi aku kesian kat orang yang duk bash tu. Macam takda life duk sibuk hal orang. 
Ishh ishh ishh ishhh


21 April 2015

Minggu Terakhir

Assalamualaikum.

Ehemmm dah lama rasanya aku tak update blog. Takda feel, kihkih. 
Tetiba mood berblogging tu datang pulak malam nie. Maybe dah banyak sangat benda yang nak diluahkan. Tak dapat dipendam lagi, maybe. hahahaha

Actually, minggu nie adalah minggu terakhir aku dekat KPJ Kajang. Well this was my second attempt dekat KPJ Kajang nie. Besides dapat tengok ragam setiap manusia dekat tempat baru, friendship aku dengan member2 lain pun semakin akrab. Dekat kolej biasa biasa je. Bila dah dua semester posting sekali so dah masak dengan perangai memasing. Hope dapat continue friendship nie sampai balik kolej nanti. (tetiba sebak)

Dah hujung hujung nie rasa taknak tinggal kan pulak Kajang. Tapi ada beberapa insiden yang membuatkan aku nak tinggalkan Kajang secepat mungkin. Dan berharap tak akan kembali, ecewahhh. 

Haihhh banyak lagi benda nak update nie, tapi banyak pulak gangguan. so kbye!