30 June 2013

5 Perkara Tentang Saya.

Assalamualaikum.

Selamat petang dan selamat berhujung minggu. Bagi adik-adik yang masih bersekolah tu, kasut dah kapur? homework dah siap? Baju dah iron? Maklumlah besok kan dah start sekolah, hihi (padan muka kena bangun awal)

Okay hari nie wa nak share dengan korang semua pasal diri wa. Sebenarnya banyak lagi. Nak tulis semua takut patah jari pula, hihi. Cuma wa nak share yang wa rasa perlu ja kot. Ramai orang ingat diorang dah kenal benar dengan diri kita tapi ternyata hampeh, habuk dan hempedu sahaja! Tak ada orang yang lebih kenal diri kita melainkan diri kita sendiri. Betul tak? (angguk tanda setuju)

1. Kuat makan
Okay. Kalau bab nie tak cerita pun orang dah tau kot. Wa memang suka dan kuat makan tapi badannya tak besar mana pun, hihi. Favorite food wa ialah laksa dan ayam. Perghh! Kalau dekat rumah wa menu ayam tu dah macam menu wajib ada. Nasib muka nie takda iras-iras ayam, haha.

2. Sensetif
Nahhh. Wa rasa soal nie bukan wa seorang ja kot. Mungkin ramai lagi yang punya sikap macam nie especially perempuan. kan? kan? Yelahh, perempuan nie walaupun luaran nampak kasar tapi dalaman, hati dia tu lembut bak gula-gula kapas. Cewahh! haha. Kira wa nie cepat terasa dan mudah berkecil hati. Silap cakap, habis lahh kau. Dan wa juga cepat mengalirkan air mata. Tak kisah lahh atas sebab apa (aneh)

3. Tak suka diarah/dikongkong
Ya! Wa paling tak suka orang duk mengarah-arah wa. Wa tahu apa yang patut dan tak patut wa buat. Huhh wa memang tak boleh hidup dengan orang yang suka mengarah. Dah suka mengarah, mulut pula bising, suka cakap besar. Perghh memang mintak makan berus jamban lah gamaknya. Dan lagi satu, wa tak suka dikongkong. Kalau kes-kes macam nie waktu bercouple dulu lahh. Haha belum jadi laki aku tapi lagak macam dah kahwin dengan aku 10 tahun yang nak kongkong bagai tu. memang tak ahh!

4. I love pink!
Okay. Nie memang sejak azali kot. Wa memang minat gila dengan warna pink. I dunno why. Mungkin sebab pink tu menampakkan keayuan dan kecomelan. wahh gitu, haha. Wa minat dan suka warna pink sampaikan pergi Tesco beli baldi pun harus warna pink, nampak? nampak? 

5. Imma kpopper
Haha mungkin lepas nie akan ada yang anti dengan wa sebab wa salah seorang kpopper's Malaysia. By the way, wa cuma nak tegaskan dekat sini, minat, suka dengan obses adalah perkara yang berbeza. Wa minat kpop tapi tidak sampai tahap kritikal, fanatik gila-gila tu. Wa cuma ada satu album original kumpulan Boyfriend dan majalah Epop edisi Mac hingga Jun. Yang Julai coming soon, muahehe. Then, biasalah kalau ada lagu kpop dalam phone kan? Kumpulan idol yang wa minat ialah CNBlue, Boyfriend, Ft Island (Hongki comel okayy) SHINee, MBlaq. Lepas tu kalau reality show wa suka Hello Baby, and of coz Runningman! Drama-drama korea pun wa suka. Weheee

Hmmm okay. Lenguh dah jari menaip. Cukup lah tu 5 fakta tentang diri wa. Nanti wa rajin wa tambah lagi. Tu pun kalau rajin lahh, hihi.

Thank you.


29 June 2013

Tukar Lagi?

Assalamualaikum.

Hi semua. Okay jap. Wa frust plus plus plus nie sebab tak dapat meet someone yang dah lama wa tak jumpa. Last kita orang jumpa pun last year kot. Itu pun dia turun Penang sebab mak saudara dia a.k.a mak ngasuh wa meninggal. Haishh rindu lahh jugak. Hmm nak buat macam mana, takda rezeki nak jumpa hari nie atas sebab-sebab tertentu. Chillax Aida, dia lama lagi kat Penang nie, hmm.


Okay, as you olls can see blog wa dah transform lagi. Kali nie simple mimple ja. Warna pun plain ja, putih suci lagi murni. Header pun takda! Ini semua gara-gara sejak tadi wa duk cari template dan nak edit blog nie supaya nampak kebooom gitu tapi tak menjadi. Yang jadi kepayap ja, hampeh! 

Geram plus bebal plus bangang punya pasal, wa decide guna simple template ja tapi lain sikit daripada yang wa guna sebelum nie. Nah hambek kau, apa pun takda. Tapi not bad what. Takda lahh semak sangat. tenang ja kalau nak membaca pun kan? kan? kan? Baik kau angguk, kang siku makannya. hehe.

p/s: Harap awak tak marah sebab tak dapat jumpa hari nie T_____T

Thank You.


28 June 2013

Dihujani Beban. Dilitupi Masalah.

28/6/2013.
Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua. Sekarang nie negara kita dilanda jerebu yang agak teruk ekoran pembakaran terbuka di Riau. Tapi Alhamdulillah sejak belakangan nie hujan turun membasahi bumi. Kuranglah sikit jerebu tu. So korang semua dinasihatkan banyakkan minum air dan kalau boleh kurangkan aktiviti dekat luar tu. 

Tengok tajuk entry wa hari nie pun dah macam rare gitu, haha. Lately wa jarang nak update blog sebab tak ada idea sangat. Banyak perkara yang wa duk pikir. Bukan pikir pasal apa sangat, pikir pasal nak sambung study ja pun. Wa adalah antara manusia yang tak berjaya nak menjejakkan kaki ke IPTA. *tutup muka*
Walaupun bergelar bekas pelajar HIGH SCHOOL BUKIT MERTAJAM tapi itu tak bererti wa nie hebat, sekolah tu mungkin, haha. Wa dapat masuk sekolah tu sebab dulu masa wa UPSR wa dapat 5A. Pastu PMR wa dapat 7A. Tapi kenapa result SPM wa macam grr, malaih nak cakap. 

Tapi nak buat macam mana kan? Allah dah atur perjalanan hidup wa macam nie. Berjaya dan gagalnya seseorang itu kerana banyak atau sikitnya usaha seseorang itu. Walau bagaimana pun, sebagai rakyat Malaysia kita nie sebenarnya beruntung sebab terdapat banyak IPTS yang disediakan untuk kita sambung belajar. Kalau tak pun institut kemahiran dibawah kerajaan. Banyak peluang sebenarnya. Nak dengan tak nak ja. Tapi mungkin bagi yang kurang berkemampuan tak dapat nak sambung study dekat IPTS. Maklumlah yurang pengajian saja pun dah berpuluh-puluh ribu. Kalau jurusan medical science, health care, nursing, pharmacy, fisioterapi and etc lagi la mahal. 

Oleh sebab wa tak dapat tawaran dekat mana-mana IPTA, jadi wa ada beberapa pilihan IPTS untuk sambung study wa. Dulu KPTM Kota Bharu. Lepas tu Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional Perlis. Lat wa dapat tawaran dekat KPJUC Nilai dalam jurusan diploma nursing. Dan baru semalam wa terima lagi surat tawaran dari Island College Of Technology, diploma farmasi. ICT nie nie dekat tapi wa tak berapa minat farmasi. Wa lebih cenderung nak buat nursing. Kalau ikutkan memang wa nak pergi KPJUC tu ja tapi ada sedikit masalah. Tapi tadi mak wa call. Dia cakap dia dah call pihak KPJUC. Dengar tu macam takda apa-apa masalah dah la. Takpa la kita tunggu dan lihat ja macam mana nanti.

Pikir pasal nie saja buat wa tak dapat tidur, tapi makan lalu. haha. Kalau korang dekat tempat wa, agak-agak apa korang buat.

Yang buntu,
Wa.

Thank you.


11 June 2013

Demam Runningman !

11/6/2013
Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo. Selamat petang kepada semua penduduk bumi, mahupun di planet-planet yang lain. Sekarang nie seluruh planet dipengaruhi virus atau demam runningman. Yeahh! Wa pun dah dapat penyakit tu. Kalau cakap bab Korea, tak semestinya pasal kpop. Korea memang terkenal dengan gameshow nya yang daebak! 

Sekarang nie wa sangat-sangat mengidamkan ripoff nametag. Ohgoshh, jelly much tengok orang yang pakai t-shirt runningman yang ada nametag tu. Mommy, can i have one? huargghhh! Wa ada tengok dekat website, ada yang jual online dengan bermacam harga. Ada RM40, RM55 dan RM60. Tapi kalau boleh wa tak nak lahh beli online. Kalau nak cari kedai memang tak ada lahh dekat Penang nie. Yang wa tahu ada satu kedai dekat KL yang jual korean stuff nie iaitu dekat Sungei Wang Plaza. Hmm.

Kalau tak dapat nametag tu, dapat t-shirt pun jadilah. Kalau tak dapat nametag, dapat t-shirt pun jadilahh. Kalau nametag, of coz wa nak nama Lee Kwang Soo! haha tengok header lahh noks, hihi. Tapi wa minat Kim Jong Kook jugak. Err Gary pun wa suka. HaHa, Jihyo pun wa minat! Can i have all their nametags? hehe..

Ehh korang, kalau tahu dekat mana wa boleh dapatkan t-shirt atau ripoff nametag runningman please inform me yeahh? Annyeongigaseyo.

Kim Jong Kook

Ha Ha

Thank you.


9 June 2013

Ya Allah! Permudahkanlah Urusan Ku.

9/6/2013
Assalamualaikum.

Annyeonghaseyo. Hari nie seharian tanah Pulau Pinang disimbahi hujan. Alhamdulillah, sejuk sikit kalau tak rasa macam badan nie direbus-rebus. K wa tipu, haha.
Dalam entry sebelum nie wa ada bagitahu yang wa dapat tawaran ke KPTM Kota Bharu dalam jurusan diploma nursing. Pada mulanya, parents wa okay ja. Entah tetiba mak wa suruh cari kolej yang dekat-dekat sikit. Yelahh nanti kalu ada apa-apa hal senang nak balik. Lagipun nak pergi Kelantan tu pun dah nak pakai banyak duit.

So, wa pun ikut ja. Mak wa tolong cari kolej mana yang menawarkan jurusan kejururawatan nie. Tengok-tengok ada yang berdekatan, iaitu dekat Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional Perlis. Memang dekat sangat. Kebetulan kampung wa pun dekat Perlis. Memang ayah wa suka sangat sebab dekat dengan rumah mak dia, haha.

Kira semua dah okay. Cuma tunggu besok ja, mak wa nak settlekan semua urusan. Kira on lahh study situ. Nak dijadikan cerita, tengah hari tadi wa saja check email. Tengok-tengok wa dapat tawaran ke KPJUC Nilai, Negeri Sembilan. Ya Allah! Alhamdulillah. memang cita-cita wa nak buat nursing dekat KPJ. Banyak orang cakap senang nak dapat kerja kalau join KPJ nie. Memang lahh KPJ nie hospital nie swasta, banyak nak guna duit tapi pepatah kan ada cakap, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Man nak tahu suatu hari nanti bila wa dah kerja wa boleh bantu family wa terutama parents wa yang dah banyak berkorban untuk wa :') 

Sebenarnya wa berat hati jugak nak pergi sebab KPJ kan nak guna banyak duit tapi mak wa ada cakap, jangan pikir pasal duit. Duit boleh cari, janji bila wa dah pergi sana niat belajar sungguh-sungguh. Ya Allah, memang tak dapat tahan, sebak kot. Sampai ter-menangis wa depan makpak wa. Aduyaii malu tapi nak buat macam mana. Tak dapat tahan sebak dalam dada nie. Terharu pun ada. 

Kalau nak dipikirkan, wa nie dah banyak susahkan diorang daripada wa kecil sampai sekarang. Lepas tu wa kecewakan diorang dengan result SPM wa yang tak seberapa tu. Sekarang, wa macam susahkan diorang lagi dengan nak tanggung pembiayaan wa nak sambung study nursing tu. Tapi diorang tetap suruh wa pergi study nursing dekat KPJ tu sebab diorang tahu itu impian dan cita-cita wa. Besar sungguh pengorbanan ibu bapa terhadap kita kan? kan? So, yang masih ada ibubapa tu tolong hargai dan sayangi mereka.

Sekarang nie, kira dah muktamad yang wa akan sambung study wa dekat KPJUC Nilai bulan 8 nanti. Means wa sempat lagi raya dekat Penang, yeahhha! haha. Sempat puasa dan pergi terawih dengan mak wa :) Moga-moga keputusan kali nie tepat. Terima kasih Ya Allah sebab mendengar doaku untuk menjadi seorang jururawat suatu hari nanti. Aminn :) Korang semua doakan wa berjaya ye? Terima kasih atas doa korang semua. Allah saja yang dapat balas jasa baik korang semua.


Thank you.



2 June 2013

Keliru.

2/6/2013
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang dah pun masuk bulan Jun. Tak berapa lama lagi ja nak puasa lepas tu raya. Yayy! (baling tepung) Tapi tapi tapi tapi bulan nie juga agak sedikit sedih buat wa. Sebab sebab sebab sebab, alahai banyak pula sebab nya. Nak kata gagap, tak. Mungkin sebab sebak kot, hihi. Maunya tak sebak, tak sedih, kawan-kawan wa semua nya dah pakat keluar dari Penang untuk sambung study dekat universiti.

Ada yang study dekat UITM Tapah, UITM Arau, UITM Pasir Gudang, UNISZA, Kolej Matrikulasi Selangor, Kolej Matrikulasi Kedah dan macam-macam tempat lagi. Sedih sebab kena berpisah dengan diorang dan sedih juga sebab wa tak dapat ikut jejak langkah diorang ke universiti, hmm.

Apakan daya, wa cuma mampu menempah tiket ke tingkatan 6 dalam jurusan pengajian perniagaan. Tapi tapi tapi, walaupun wa takda rezeki nak sambung study dekat IPTA, alhamdulillah wa dapat tawaran di KPTM Kota Bharu dalam jurusan Diploma Kejururawatan. KPTM nie IPTS tapi under MARA. Memang wa minat nursing sejak azali lagi. Bila rezeki dah depan mata, tak tahu nak buat pilihan. Patut ke wa stay je form 6 atau pergi buat dip nursing dekat KPTM? Arghh! Confused gila.

Surat dah pun sampai. Tarikh mendaftar 24 Jun 2013 nanti di Kota Bharu Kelantan. Kelantan kot! Penang dan Kelantan jauh kot. Berat juga hati nak pergi tapi teringin. Wa teringin nak hidup jauh dari family, hidup berdikari. Sekarang nie wa dah 70 % rasa macam nak pergi dan 30 % nak stay Penang. Tapi, bila dipikirkan bila lagi wa nak cuba hidup seorang diri dekat tempat orang. Kena berani cuba sesesuatu kan? kan? Hmm korang bantu lahh wa nie! Pening kepala lahh pikir pasal nie sampai tidur pun terganggu tau! Tolongggggg.

Thank you.



1 June 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

1/6/2013
Assalamualaikum.



Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013